'Tupai King' - Kalah Pada Rupa, Menang Pada Rasa. Inilah Durian Selera Bangsawan Yang Sebenar!
TERKINISekarang ini tengah kemuncak musim durian yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia terutama 'si hantu durian'!
Sana sini semua orang bercerita tentang durian dan kalau kita tengok sekarang pun di tepi-tepi jalan semakin rancak gerai-gerai dibuka menjual raja buah dari pelbagai jenis.
Antara baka durian yang pastinya sering menjadi rebutan dan popular adalah Musang King, D24, Udang Merah, Black Thorn (D200), IOI dan bermacam lagi.
Bagi penggemar durian, pastinya mereka memilih buah durian yang memiliki isi kuning keemasan, rasa yang menyelerakan dan berbau harum.
Jika ia tidak mememiliki ciri-ciri di atas, berkemungkinan durian tersebut sudah rosak dan tidak bolah dimakan.
Ramai “Reject” Ingat Buruk, Durian Lejen ‘Tupai King’ : “Kalah Pada Rupa, Menang Pada Nikmat”
Tetapi kalau korang nak tahu sebenarnya ada sejenis durian yang isinya kelihatan seakan-akan ‘rosak’, tetapi ia boleh dimakan dengan selamat.
Menurut satu perkongsian di Facebook Rizky Durian, durian tersebut dikenali sebagai "Tupai King".
Tupai King ataupun dikenali sebagai D214 merupakan sejenis durian yang memiliki isi berwarna sedikit kehitaman.
Kata Rizky, kebiasaannya pelanggan akan menolak durian ini kerana menyangka ia sudah rosak dan tidak selamat untuk dimakan.
Hal ini disebabkan warna isinya menyebabkan orang lain kecut perut untuk memakannya.
“Bila dapat durian isi macam ni ramai pelangan yang reject. Cakap isi durian dah rosak sebab isi warna kehitaman.”
Nampak Macam Rosak, Sebenarnya Durian Jenis Ini Boleh Dimakan Dengan Selamat
Sungguhpun begitu, dia tidak sedikit terkesan apabila pelanggan tersebut berbuat demikian, sebaliknya kebanyakan penjual durian lebih menyukai tindakan tersebut.
“Tapi kami tak marah kalau pelanggan reject durian ni. Kami lagi suka.”
Mesti kedengaran agak aneh jika ada penjual yang lebih suka apabila pelanggannya bertindak sedemikian.
Rupanya, durian Tupai King ini merupakan antara jenis yang sukar ditemui di Malaysia.
“Durian ni barang rare. Susah nak jumpa. Yang tahu je sahaja akan menghargainya. Durian selera Bangsawan”
Pada akhir hantaran, Rizky menyifatkan Tupai King ini mempunyai penangan yang padu, walaupun tidak begitu ‘goodlooking‘ berbanding durian-durian lain.
“Kalah pada rupa, menang pada nikmatnya,” jelasnya.
Sumber: Rizky Durian
@officialrileklah [Pesta Durian Tourism 2023] 😱😱 Berita baik untuk "𝗛𝗮𝗻𝘁𝘂 𝗗𝘂𝗿𝗶𝗮𝗻" di Malaysia! @Tourism Malaysia mengadakan Pakej menarik di 6 buah negeri selama 𝗦𝗘𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡! sehingga 31 Ogos 🥳😍 #rileklah #cuticutimalaysia #malaysiatrulyasia #duriantourism2023 #amazingtangkak #tourismmalaysia #fyp #fypシ゚viral #durianlover ♬ Durian Dah Berbunga - Mr Os