[VIDEO] Awal Ramadan Kecoh Kes Lelaki Serang Imam Guna Selipar Di Kuantan!

TERKINI
March 27, 2023 - 11:34 AM


Tular satu video sejak semalam apabila seorang imam yang sedang mengetuai solat Subuh nyaris dilempang seorang lelaki menggunakan selipar.

Kejadian difahamkan berlaku kira-kira jam 6.18 pagi ketika imam sedang solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

Dalam video berdurasi 31 saat itu, individu terbabit yang memakai baju Melayu berwarna ungu dan berkain pelikat serta berseluar panjang hitam dilihat merempuh beberapa orang jemaah yang sedang solat di dua barisan saf hadapan untuk menuju ke arah imam.

@harianbebas Imam diserang seorang individu dipercayai kurang waras ketika solat subuh📍Masjid Sultan Hj Ahmad Shah 1, Kuantan. Harap ambil pengajaran supaya tidak berulang insiden yg sama #imam #diserang #lelaki #solat #subuh ♬ original sound - Official HTV

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang menjadi imam jemputan untuk solat subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.

“Ketika solat Subuh masuk rakaat kedua dengan anggaran bilangan jemaah seramai 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu ‘roller shuter’ masjid.

“Seminit selepas itu ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki dipercayai kurang siuman menolak jemaah dari arah belakang menuju ke imam serta cuba memukul imam dengan selipar di tangannya.

“Imam terus mengelakkan diri dari serangan itu menyebabkan solat dihentikan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, pihak keselamatan masjid dan jemaah bertindak menghalang tindakan lelaki itu serta menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: