[VIDEO] Gempar! Kapal Terbang Terhempas Di Elmina, Ragut Nyawa Penunggang Motorsikal

TERKINI
August 17, 2023 - 03:55 PM


Penduduk di daerah sini gempar apabila mendapati sebuah kapal terbang peribadi disyaki terhempas di atas jalan di Elmina, Denai Alam, di sini, hari ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, sebuah bangkai kapal terbang dalam keadaan terbakar telah terhempas di atas jalan raya.

Dalam rakaman video tersebut juga turut memaparkan sebuah motosikal dalam keadaan terbakar akibat terjatuhnya pesawat itu

Kita nantikan kenyataan rasmi dari pihak yang berwajib tentang apa yang sudah berlaku. Moga keluarga mangsa yang terlibat tabah menghadapi dugaan. 

Destination: