
[VIDEO] Ibu Luluh, Jadi Saksi Anak Dibuli Depan Mata
TERKINIDah berapa banyak kempen kesedaran tentang keburukan buli, dah berapa banyak kes buli yang menyebabkan ibu bapa kehilangan anak tersayang? Masih juga belum jumpa jalan penyelesaian untuk menangani gejala ini.
Seorang ibu secara tidak sengaja menjadi saksi anaknya dibuli semasa mengambil anakya yang pulang dari sekolah. Si ibu sempat memuat naik video yang memaparkan keadaan anaknya selepas dibuli.
Watch on TikTok
“Bila kes buli di sekolah semakin teruk macam inilah jadinya. Dia kena pukul dengan dua orang budak, cekik dan tumbuk berkali-kali,” katanya.
Luluh hati melihat pemandangan sebegitu rupa, Erda Rahman tidak dapat menahan sebak dan segera membawa anaknya ke hospital untuk pemeriksaan.
“Bila berlaku depan mata, air mata ibu mana yang tak menitis. Terus bawa naik kereta untuk ke hospital sebab dia jadi sesak nafas dan sakit dada.
“Dia tak nak, tapi ibu pujuk bawa pergi tempat kerja ayah dan terus bawa ayah dia sekali pergi kecemasan. Alhamdulillah, tiada lebam dalaman,” ujarnya.
Jelasnya, selepas kejadian tersebut anaknya mengalami trauma dan tidak mahu ke sekolah.
“Dia jadi trauma dan tak nak ke sekolah. Perlahan-lahan pujuk suruh pergi sekolah. Ibu terpaksa suruh awak pergi sekolah sebab tak nak awak jadi penakut,” katanya.
Di ruangan komen, penuh dengan saranan dari orang ramai agar si ibu laporkan kejadian tersebut pada pihak sekolah dan juga pihak berkuasa agar mereka yang membuli dapat dikenakan tindakan yang sepatutnya.