[VIDEO] "Ketagih" Makan Luar, Sebab Tu Duit Cepat Habis! - Rafizi Salahkan Tabiat Rakyat Malaysia

TERKINI
September 19, 2023 - 12:39 PM


Seperti kita sedia maklum, ketika ini rakyat rata-rata terbeban dan terhimpit dengan masalah kenaikan harga barangan terutama beras serta bahan asas sehari-harian.

Justeru tidak hairan jika rakyat memohon bantuan kebijaksanaan Menteri yang mereka pilih pada Pilihanraya Umum yang lalu bagi melakukan satu strategi ekonomi berguna untuk mengurangkan kenaikan kos barangan berkenaan demi kebajikan rakyat.

Namun apa yang mengecewakan adalah apabila Menteri yang diharapkan kebijaksaannya sebelum ini yang lantang bersuara dengan pelbagai formula ekonomi yang hebat -- namun kini dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang didakwa 'menghiris' hati rakyat.

Terbaharu, Menteri berkenaan membuat kenyataan seolah-olah 'menyalahkan' rakyat atas tabiat ketagih makan di luar membuatkan sebahagian besar daripada pendapatan bulanan mereka dihabiskan bagi memenuhi keinginan tersebut.

KOMEN TERBARU SUSULAN HARGA BERAS & BARANG NAIK

Menurut Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, akibat daripada amalan tidak sihat itu juga menyebabkan mereka mengalami penyusutan pendapatan dan menjadi lebih sensitif terhadap inflasi yang mendadak pada harga makanan yang dimasak, walaupun ketika inflasi utama telah menurun.

"Satu-satunya (perkara perbelanjaan isi rumah) yang paling anjal dan sukar untuk diturunkan sebenarnya adalah makanan yang dimasak dan dibawa pulang.

“Itulah sebabnya kita mempunyai dikotomi apabila ia berkaitan dengan inflasi, ia kelihatan sihat. Ia kira-kira 2 peratus, 2.5 peratus.

"Tetapi secara amnya, orang ramai merasakan ini tidak betul kerana mereka merasakan mereka tidak cukup (wang) pada akhir bulan," katanya seperti dilapor portal Malaysiakini.

@nazri_ramli #rafizi #rafizikoyak #phbnkencingrakyat #fyp ♬ Bercyandya - DJ Bombompret

Ujar Ahli Parlimen Pandan itu, secara purata isi rumah tempatan membelanjakan kira-kira satu pertiga daripada pendapatan boleh guna mereka untuk makanan yang dimasak atau dibawa pulang.

Selain itu katanya, lebih separuh daripada makanan yang dipesan pada aplikasi penghantaran berharga RM30 atau kurang bagi setiap pesanan.

Jelas Rafizi, perbelanjaan makanan untuk kegunaan di rumah, termasuk barangan runcit -- secara amnya juga lebih tinggi di Malaysia berbanding kebanyakan ekonomi di Asia.

KOMEN SEBELUM INI SUSULAN HARGA AYAM NAIK

Ini adalah komen kedua Rafizi mengenai tabiat perbelanjaan peribadi rakyat Malaysia, selepas kenyataannya akhir tahun lalu susulan kenaikan harga ayam.

“Sebenarnya, apabila harga ayam meningkat, orang ramai harus mengelak daripada membeli ayam,” kata Rafizi, mencetuskan kemarahan orang ramai dan sindiran di media sosial.

@detruthchannel Rafizi buat lawak ke nie? #kerajaanhoiyahoi #rafiziramli ♬ Aduh Malaysia - Altimet

Beliau membuat komen terbaharu ini ketika ketika Malaysia berdepan kenaikan harga beras berikutan kekurangan bekalan beras.

Kekurangan tersebut tercetus selepas firma padi negara Padiberas Nasional, atau Bernas, menaikkan harga beras putih import sebanyak 36% pada 1 September, membawa kepada lonjakan permintaan untuk beras putih tempatan yang lebih murah.

Awal bulan lepas Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menetapkan had pembelian maksimum 100kg beras putih tempatan bagi setiap individu berkuatkuasa serta-merta sebagai langkah mengatasi kekurangan bekalan makanan asas tersebut.

Sumber: Sinar Harian

Destination: