[VIDEO] Lana Nodin Tunjuk 'Hidung Baru' Buat Kat Korea, Kos Cecah Hampir RM170 Ribu!

TERKINI
October 27, 2022 - 03:35 PM


Pelakon sensasi Lana Nodin secara terbuka mengakui baru sahaja selesai menjalani pembedahan plastik mencantikkan bahagian hidung di sebuah bandar di Korea Selatan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya pada malam Rabu -- Lana atau nama lengkapnya Mazlina Hasan Nodin membuat perkongsian keadaan wajahnya yang masih berbalut selepas beberapa hari menjalani pembedahan plastik.

“Hari ini hari yang kelima selepas melakukan pembedahan. Tiada bengkak dan lebam pada wajah saya.

“Paling menakjubkan saya langsung tidak berasa sakit. Kini saya sudah pun boleh keluar berjalan-jalan. Jahitan pada hidung akan dibuka dalam masa tujuh hari lagi,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat pelbagain reaksi netizen dan mengejutkan, ada peminat memuji keterbukaan Lana yang bersikap jujur serta tidak perlu menipu soal rawatan kecantikan yang dilakukan ke atas wajahnya.

“Elok, jujur,” tulis seorang peminat.

Bagaimanapun, video yang dimuat naik dalam Instagram miliknya telah pun dipadam beberapa minit selepas dikongsikan secara umum.

Namun pendedahan itu sempat dikongsikan semula dalam sebuah saluran YouTube.

Sebelum ini, pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu melahirkan rasa rimas selepas diasak netizen tentang bentuk hidungnya yang dikatakan semakin pelik.

Lana akhirnya tampil membuat pendedahan apabila mengakui pernah melakukan pembedahan membetulkan semula struktur hidungnya yang patah selepas terlibat dalam satu kemalangan motosikal ketika zaman persekolahan.

Katanya, kecederaan itu berlaku selepas dia terjatuh ketika menunggang motor jenis RXZ sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumahnya yang terletak di kawasan felda.

Menerusi pendedahan tersebut, Lana berkata prosedur yang dipanggil rhinoplasty itu akan bertahan selama lima hingga 10 tahun sahaja.

Sumber: KOSMO! ONLINE

Destination: