[VIDEO] Lelaki Berpura-Pura Jadi Pelanggan Rentap Rantai Emas Di Leher Peniaga Kosmetik

TERKINI
August 16, 2023 - 11:29 AM


Viral satu rakaman kamera CCTV yang memaparkan satu kejadian ragut di Alor Setar, Kedah. Polis sedang memburu seorang suspek lelaki yang meragut rantai emas seorang pekerja kedai kosmetik di Jalan Sekerat, Sungai Petani.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan, kejadian berlaku pada Selasa, sekitar jam 10.30 pagi.

“Ketika kejadian, mangsa berada di dalam kedai kosmetik itu sebelum didatangi seorang pelanggan lelaki yang tidak dikenali dengan memakai topi keledar warna merah. Suspek memberitahu mahu membeli produk dan bertanyakan mengenai salah satu produk.”

“Semasa pekerja kedai memberikan penjelasan, suspek secara tiba-tiba meragut rantai leher emas yang dipakai mangsa. Mangsa cuba melawan dan telah terjatuh,” katanya.

Zaidy berkata, suspek hanya berjaya melarikan sebahagian rantai emas mangsa dengan anggaran kerugian sebanyak RM3,000.

Katanya, suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal yang tidak dapat dikenal pasti kerana nombor pendaftarannya telah diubahsuai.

Mangsa juga dilaporkan mengalami lebam di leher akibat kejadian itu. Kes disiasat dibawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan.

Destination: