[VIDEO] Ngeri Tengok! Lori 10 Tan Rempuh Kenderaan Lain Angkara Brek Tak Berfungsi!
TERKINIBelum lagi dapat melupakan nahas meragut nyawa Nurul Nazihah dalam kemalangan tragis di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat Sedenak, Kulai, Johor pada Sabtu -- terbaharu satu lagi rakaman video memaparkan kemalangan ngeri melibatkan lori dan beberapa kenderaan lain kini tular di media sosial sejak awal pagi Selasa.
Kejadian itu dipercayai berlaku di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) berhampiran persimpangan menghala ke Kuala Lumpur.
Berdasarkan video yang dikongsikan di halaman Twitter @Thehulkey, kejadian tersebut dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kereta yang berada di lokasi kejadian.
"Brek lori tidak berfungsi. Simpang Janda baik, Pahang. Innalillahiwainnailaihirojiun. Kemalangan ngeri lori 10 tan," ciapnya.
Turut kedengaran suara seorang wanita penumpang kereta berkenaan menjerit panik melihat insiden tersebut.
"Abang, abang ya ALLAH. ALLAHUAKBAR, abang. Ya ALLAH," jeritnya.
Brek lori tidak berfungsi. Simpang janda baik, Pahang. Innalillahiwainalillahiraji'un... kemalangan ngeri lori 10 tan. pic.twitter.com/oyr0Qz3bhT
— 🌹тнekhey.AmiR🌹 (@Thehulkey) October 17, 2022
Dalam video berkenaan menunjukkan sebuah lori meluncur laju sebelum merempuh beberapa buah kenderaan lain di depannya.
Serpihan daripada impak kemalangan itu turut bertaburan di sepanjang jalan.
Difahamkan kemalangan itu menyebabkaan seorang lelaki disyaki pemandu lori berkenaan cedera parah setakat ini.
Video berdurasi kurang seminit itu mendapat lebih daripada 224, 000 tontonan setakat ini.
Sumber: Majoriti