[VIDEO] Rider Makan Nasi Sambil Tunggu Lampu Isyarat Buat Ramai 'Mata Berhabuk'

TERKINI
January 13, 2023 - 03:29 PM


Selain membantu dari segi pembelian makanan secara online, rider penghantar makanan ini memang banyak berjasa kepada rakyat Malaysia walaupun mereka saling tidak mengenali antara satu sama lain.

Ada juga yang sanggup redah banjir menaiki motosikal mereka demi memastikan pesanan makanan oleh pelanggan dapat dihantar.

Boleh dikatakan setiap kali rakyat Malaysia menghadapi masalah, pasti akan ada abang rider yang datang menyelamat pada hari itu. Memang terbaiklah!

Jamah Nasi Atas Motor Sementara Tunggu Lampu Isyarat Hijau

Di sebalik tanggungjawab seorang rider untuk menghantar makanan kepada pelanggan, pasti ramai yang tidak tahu pengorbanan yang mereka perlu tempuhi ketika melaksanakan tugas.

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@suellahashim), kelihatan seorang rider Foodpanda sedang menunggu lampu isyarat di sebuah jalan raya.

@suellahashim #berlinangairmata #semogadipermudahkansegalanya #fyp #fypシ ♬ Sound untuk orang yang kuat - Syaz Wani

Namun apa yang meruntun jiwa orang ramai yang melihat video itu adalah apabila rider tersebut sedang menjamah makanan di atas motosikalnya sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau.

Dalam video tersebut, perakam memohon maaf terlebih dahulu kepada rider berkenaan kerana mengambil gambarnya dan turut mendoakan agar segala urusannya dalam mencari rezeki dipermudahkan.

"Sorry abang Foodpanda saya ambil gambar awak. Semoga dipermudakan segala urusanmu dalam mencari rezeki. Bila tengok dia makan nasi sambil tunggu lampu isyarat, air mataku mula berlinang. Percayalah usahamu tak akan pernah mengkhianatimu."

Video yang dimuat naik itu meraih 327,800 jumlah tontonan setakat artikel ini ditulis.

“Realiti Sebenar Seorang Rider”

Menjengah ke ruangan komen video tersebut, ramai yang sebak melihat situasi yang dialami oleh rider tersebut sehingga dikatakan tidak mempunyai waktu untuk menjamah makanan kerana terlalu sibuk.

Dalam pada itu, mereka turut mendoakan agar urusan para rider penghantar makanan di luar sana dipermudahkan dan dimurahkan rezeki dalam mencari sumber pendapatan yang halal.

Rata-rata netizen yang pernah bekerja sebagai rider penghantar makanan juga berkongsi pengalaman mereka yang hampir sama dengan lelaki di dalam video itu.

Sumber: The Rakyat Post

Destination: