[VIDEO] Sekumpulan Warga Asing Serang Kedai Bawa Kayu Hoki

TERKINI
July 20, 2023 - 03:57 PM


Kalau semalam kita dikejutkan dengan video warga Afrika panjat kereta seorang wanita, hari ini lain pula ceritanya.Viral satu video yang memaparkan sekumpulan warga asing datang ke menyerang seorang wantia di sebuah kedai dengan memegang batang kayu hoki.

Difahamkan kejadian  berlaku di Kajang, Selangor. Menerusi video berdurasi 52 saat itu, rakaman itu memaparkan beberapa adegan pergelutan serta kedengaran suara wanita menjerit menghalau kumpulan lelaki tersebut.

Dalam pada itu, kedengaran juga suara orang awam lain yang meminta sekumpulan lelaki asing terbabit segera beredar dan mengugut untuk menghubungi pihak polis. Kemudian, kesemua mereka akhirnya beredar dari kedai berkenaan dengan menaiki tiga kenderaan secara berasingan.

Video tersebut mendapat perhatian ramai dan menggesa pihak polis menjalankan siasatan berhubung kejadian tersebut.

Destination: