Viral Video Polis Sandakan, Sabah Terima Rasuah?

TERKINI
March 30, 2023 - 03:01 PM


Sejak semalam media sosial viral dengan sebuah video menunjukkan seorang anggota polis didakwa menerima duit daripada orang awam, dalam keadaan mencurigakan.

Dalam video tersebut, seorang pemuda dilihat menghampiri salah seorang anggota polis yang sedang berdiri berdekatannya, sambil menghulurkan sesuatu.

Namun polis berkenaan membuat isyarat tangan meminta pemuda itu memberikan wang tersebut kepada seorang lagi anggota yang berada di situ.

Kejadian difahamkan berlaku di Sandakan, Sabah.

@dato.chin.didie.sidi terbaik polis Sandakan #pdrm #pdrmmalaysia #fyp ♬ bunyi asal - 👁️‍🗨️ⒿⓊⓇⒾⒻⒻⒶⒽ ⓈⒾⒹⒾ❤️❤️❤️

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Abdul Fuad Abdul Malek, mengesahkan pihaknya telah menerima maklumat berhubung video berkenaan.

Katanya, siasatan akan dijalankan oleh Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan bagi mengenal pasti sekiranya terdapat salah laku oleh anggota berkenaan.

“Sekiranya ada bukti, pihak polis tidak teragak-agak akan mengambil tindakan tegas kepada anggota terlibat dan pihak pemberi,” katanya dalam kenyataan media.

Abdul Fuad meminta agar mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk menghubungi Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard IPD Sandakan, ASP Mohammed Noor Zaid Zainuddin di talian 013-3811239.

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: