"Wah Macam Kolam Dibuatnya!" - Viral Video Mat Saleh Berenang Dalam Air Bah Di Komtar

TERKINI
September 04, 2023 - 05:40 PM


 

Beberapa kawasan termasuk di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dilanda banjir kilat berikutan hujan lebat melanda negeri ini bermula jam 11 pagi Isnin. Selain Komtar, kawasan lain yang turut dilanda banjir kilat ialah Tanjung Tokong, Air Itam, Datuk Keramat, Jalan Transfer, Jalan Rangoon, Jalan Macalister dan Jalan Magazine.

Namun viral satu klip video memaparkan kelibat seorang lelaki warga asing yang sedah asyikberenang dan mandi-manda di satu kawasan yang digenangi air akibat hujan lebat tanpa henti.

@ximen1851

Komtar swimming pool🤦‍♂️

♬ 原声 - 西门

Lelaki itu kelihatan begitu gembira seolah-olah seperti sedang berada di sebuah kolam renang yang terbuka. Walhal, hakikatnya, ‘kolam renang’ yang dimaksudkan itu sebenarnya hanya sebatang jalan kecil yang sering dilalui oleh orang ramai yang berkunjung ke Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), di tengah-tengah pusat bandar di sini.

 

Destination: