"Wah! Sultan Brunei Drive Sendiri Bawak PM Kita!" - Netizen Terharu Dengan Aksi Spontan Baginda

TERKINI
November 29, 2022 - 02:53 PM


Selepas selesainya pelantikan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia telah mendapat banyak reaksi positif dari seluruh masyarakat Malaysia bahkan pemimpin-pemimpin luar negara..

Semalam, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah telah tiba di Malaysia sempena lawatan khas baginda ke negara ini.

Keberangkatan tiba Sultan Hassanal Bolkiah dan beberapa delegasi Brunei telah disambut di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekitar jam 11:40 pagi dengan perbarisan tabik hormat oleh Tentera Darat Malaysia.

Apa yang mengejutkan ramai adalah apabila baginda berkenan memandu sendiri kereta jenis BMW sejauh 41 kilometer dengan membawa Anwar ke Seri Perdana, Putrajaya dari Pangkalan TUDM

Turut menaiki kenderaan tersebut adalah anakanda baginda iaitu Sultan Brunei Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah.

Dalam satu video yang dimuat naik di laman Twitter (@bernamadotcom), Anwar dilihat sempat melambaikan tangan beliau di bahagian tingkap kereta kepada pengamal media yang hadir sebelum memulakan perjalanan.

Destination: