"You All Share Dan Upload, Macam You Tak Hormati Kehendak Saya" - Neelofa Terkilan Netizen Sebar Gambar Anak
TERKINIKecoh semalam di media sosial satu video yang dikhabarkan merupakan rakaman wajah seorang bayi kepada selebriti terkenal Neelofa iaitu Muhammad Bilal.
Sebelum ini, Neelofa sendiri menyatakan bahawa belum bersedia untuk berkongsi foto atau video yang menunjukkan wajah anaknya itu demi melindungi privasi keluarganya.
@farrich2022 MasyaAllah Tabarakallah comelnya Bilal, anak Neelofa. Moga membesar dengan baik 🥰
♬ original sound - Rich
Difahamkan, video dimuat naik seorang individu itu memaparkan bayi yang didukung oleh seorang wanita didakwa Neelofa dan suami, PU Riz berada di sebuah hospital atau klinik dipercayai Bilal.
Memetik Astro Gempak, Neelofa mengakui terkilan dengan tindakan netizen yang menyebarkan wajah anaknya di aplikasi TikTok.
Menurut Neelofa, apa yang dilakukan individu tersebut seolah-olah tidak menghormati dirinya dan suami sebagai ibu bapa Bilal.
“Macam ni lah… sebagai seorang ibu, sudah tentulah perkara tersebut menyinggung perasaan saya. Kalau you all nampak kat luar, takkan saya nak sorok muka dia?
“Kemudian you all share dan upload, macam you tak hormati kehendak saya. Kenapa you nak buat next step bila saya pun belum buat lagi? Bagilah saya sebagai ibu yang lahirkan buat benda tu,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa turut meminta agar diberikan sedikit ruang serta tidak lagi ditanya mengenai anaknya dan dia akan berkongsikan apabila tiba masanya nanti.
“Saya rasa pasal Bilal ni banyak dah saya share. Rasanya cukuplah. Sampai masanya nanti kita akan kongsikan. Saya dan suami sudah pun rancang bila nak keluarkan wajah anak, cuma tak tahu kenapa perlu jadi yang pertama nak sebar?” katanya.