Bella Astillah Ulas Hubungan Dengan Muaz, Kecurangan Alif Sebanyak 11 Kali Termasuk Dengan Adik & Perangai Sebenar Ibu Mertua
HIBURANSejak kes tangkap khalwat membabitkan Aliff Aziz dengan Ruhainies tersebar, belum ada lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh sang isteri, Bella Astillah. Lama mendiamkan diri, akhirnya pemilik nama sebenar Dayang Ara Nabellah Awang Astillah membuka bicara.
Dalam satu sesi temubual dengan pihak media, Bella menceritakan banyak perkara dan penjelasan tentang apa yang berlaku dalam rumah tangganya. Memetik laporan dari sumber, Bella membuka bicara tentang isu terbaru iaitu gambar mesra dirinya bersama pelakon lelaki baharu, Muaz Zabir.
Tidak menafikan kewujudan gambar berkenaan, Bella mengakui bahawa gambar mesra dirinya bersama Muaz Zabir adalah benar tetapi mendakwa tujuannya hanya mahu membuatkan suaminya, Aliff Aziz berasa cemburu.
"Sebenarnya saya mengetahui perkara ini sejak semalam. Rakan terdekat dan netizen pun bercakap. Saya faham perkara ini juga secara mendadak tapi netizen boleh fikir esok adalah sebutan kes perceraian saya, mengapa sekarang?
"Sebenarnya untuk kes ini, ia terjadi tahun lalu. Ia sudah lama dan niat saya mahu membuatkan suami cemburu. Saya percaya rakan-rakan saya kenal dan tahu bagaimana saya sayang kepada Aliff.
"Jadi, saya gunakan seseorang untuk buat suami cemburu kerana pada ketika itu Aliff curang bersama dua wanita lain.
"Tak perlu saya sebut nama. Saya nak perhatian dan dengan cara itu, saya harap Aliff beri perhatian dan cemburu," katanya.
Menurut Bella, dia melakukan kesilapan dan hubungan berlaku pada tahun lalu. Ia juga diketahui Aliff dan keluarga dalam masa mahu membuatkan suaminya cemburu.
Bella juga menyatakan bahawa kejadian itu sudah pun dianggap berakhir oleh Aliff. Kerana mereka sudah berdamai termasuk dengan keluarga di Singapura.
Bella berkata apabila dia dan suaminya sudah berbaik, Aliff kembali mengabaikan dirinya ketika menjayakan penggambaran drama bersama Ruhainies sehingga sanggup menukar 'password' telefon bimbit.
“Jadi mungkin mereka nak tutup kes khalwat mereka dan tiada senjata lalu mempergunakan kes saya. Hanya Aliff yang ada gambar saya dengan Muaz,” tegas Bella Astillah.
Bella mengatakan semenjak perubahan Aliff, beliau telah meletakkan recorder dalam kereta. Dia juga mengatakan bahawa ada bukti perbualan tak senonoh antara suaminya dan pelakon wanita tersebut.
"Aliff tahu saya ada banyak bukti. Sekarang kalau saya nak tunjuk pun boleh.
"Tapi kita di bulan puasa takkan nak tengok video yang tak senonoh," tegasnya.
Selain itu, Bella juga ada mendedahkan yang Aliff pernah curang dengan adiknya sendiri iaitu Eriqa Astillah.
"Seperti yang diketahui ramai, saya sebenarnya ada tiga orang adik-beradik dan sebenarnya Aliff juga pernah curang dengan adik saya iaitu Eriqa.
"Punyalah saya sayang dekat Aliff, sampaikan saya buang keluarga saya sendiri. Saya tak pernah bagitahu mengenai perkara ini tetapi saya terpaksa juga bagitahu.
"Sebenarnya sewaktu di umrah pun, ada teks mereka yang mengatakan doakan hubungan mereka. Dia ada temankan Aliff ke Gegar Vaganza.
"Allah, saya sakit dada nak cerita. Inilah rahsia saya dan keluarga simpan sebaik-baiknya. Pasal adik saya memang kesilapan sangat besar. Kami sekeluarga sudah tidak balik kampung. Ada ibu, bapa, dan adiklah. Terpaling teruk dan saya kesali, saya buang adik, tak buang Aliff," jelasnya.
Bella yang sedang berlinang air mata juga mendedahkan suaminya sudah 11 kali curang. Kata Bella lagi, suaminya selalu tidak pulang ke rumah namun dia tidak pernah mendedahkan aib suaminya itu di media sosial.
"I cannot focus. Hari-hari nak cari Alif dekat mana. Bella takut nak tengok GPS sebab takut tertahu sesuatu.
"Ada satu hari, Bella kuatkan diri Bella tengok GPS track tu. Aliff dah lebih 8 kali pergi ke Pavilion Suites. Kalau Bella nak perangkap, kenapa Bella tak buat time kali ketiga kali keempat? I think more than 8 kali.
Jelasnya lagi, mendapat tahu Aliff sering ke Pavilion Suites, dia menghubungi Ruhainies bertanyakan di mana Aliff.
"Bella cakap Aliff tak balik. Dia buat-buat terkejut. “Eh yeke? Kitaorang dah habis shoot. Mungkin dia pergi beli makanan kot. You nak I call dia?”.
"Rupa-rupanya bila Bella tengok location Aliff dengan dia. Dan dia tipu Bella, dia kata tinggal di Four Seasons, dia tak beritahu tinggal di Pavilion Suites," ujarnya.
Selepas menjelaskan isu tentang dirinya dan kecurangan Aliff, Bella juga ada mendedahkan perangai sebenar ibu mertuanya yang tergamak mengaibkannya.
"My mother in law contact dia orang semua kawan-kawan sekolah yang lama ni. Dalam 7 ke 8 orang untuk datang ke rumah untuk mengaibkan Bella.
"Bayangkan orang yang sentiasa mengeluarkan kata-kata islamik, orang yang saya sayang, orang yang saya hormat boleh mengutuk saya.
"Dia kata nak cakap Bella tu penyanyi hebat tak juga, pelakon hebat pun tak juga.
"Allahu Akhbar apa salah saya sampai perlu cakap macam tu sedangkan saya jaga Aliff for 10 years," katanya lagi.
Sumber: Oh Media