"Tak Sangka Nak Bina 'Chemistry' Sampai Bawa Ke Rumah" - Kru Produksi
HIBURANKebelakangan ini, nama pelakon Ruhainies dan Aliff Aziz sering menjadi perbualan ramai selepas kedua pelakon itu dilaporkan ditangkap khalwat ketika didapati berdua-duaan dalam sebuah kondominium.
Terkini, muncul pula kenyataan dari seorang kru penerbitan yang hanya ingin dikenali sebagai Mr Z, berkaitan hubungan antara pasangan pelakon tersebut ketika berada di set penggambaran drama Terjerat.
Berdasarkan sumber, kru tersebut menyatakan hubungan Aliff dan Ruhainies memang dilihat mesra untuk mencipta keserasian tetapi dia tidak menyangka sehingga ‘dibawa’ sampai ke rumah.
@h315t_ #ruhainies #aliffaziz ♬ bunyi asal - H315T™_🇵🇸
"Hubungan mesra mereka di lokasi penggambaran yang kononnya untuk mencipta keserasian, tak sangka pula dibawa sampai ke rumah," katanya.
Selain itu, Mr Z juga mendedahkan bahawa pasangan pelakon itu juga mempunyai panggilan 'baby' selain kelihatan lebih akrab berbanding hubungan dengan pelakon lain.
"Kita selalu tengok pelakon terutama pasangan hero dan heroin ada cara mereka untuk mencipta keserasian watak seperti selalu berborak dan berlatih bersama. Malah ada juga yang tak perlu berbuat demikian tapi masih mampu memberikan hasil yang bagus. Tapi dalam kes mereka ini saya nampak lain macam.
"Kami ada berikan nasihat kepada Aliff supaya jangan terlalu rapat disebabkan kes terdahulunya, tapi dia beri alasan perlu berbuat demikian bagi bina keserasian bersama Ruhainies. Disebabkan itu, memang nampak kemesraan mereka. Kadang-kadang mereka duduk dalam kereta bersama, termasuk panggilan baby," katanya kepada Harian Metro.
Menurut Mr Z lagi, pasangan itu juga pernah beberapa kali dilihat datang ke lokasi penggambaran bersama biarpun 'call time' mereka berbeza.
"Pada mulanya saya tak terfikir pun hubungan mereka sejauh ini. Saya ingatkan mereka profesional, tapi selepas apa yang berlaku, baru saya tersedar beberapa kejadian antaranya mereka pernah datang sekali ke lokasi. Pernah juga Ruhainies datang sama waktu dengan Aliff sedangkan 'call time' Ruhainies lebih awal.
"Lagi buat saya tak sangka apabila hubungan Ruhainies dan Bella di lokasi atau di luar juga baik. Jadi saya memang tak terfikir mengenai hubungan itu," katanya.
Dalam pada itu, tindakan Bella menarik diri daripada drama itu menurutnya adalah satu keputusan yang bagus kerana dalam drama itu, Bella melakonkan watak perampas suami kepada kakaknya yang dibintangi Ruhainies.
"Dalam drama ini Bella melakonkan watak perampas suami kepada kakaknya yang dibintangi Ruhainies. Nanti akan ada babak Bella meminta maaf kepada Ruhainies. Jadi situasi ini mungkin tak sesuai pada masa sekarang jika diteruskan," katanya.
Sumber: Harian Metro & TikTok