"Switzerland Perak" - Denai Kabus Resort, Port Percutian Sejuk Dengan View Gunung!

TRAVEL
May 22, 2023 - 12:15 PM


Mesti korang teringinkan pergi ke negara Eropah seperti Switzerland, Norway atau Iceland untuk merasai menginap di dalam rumah ala cottage dan cuaca yang sejuk.

Takyah pergi jauh-jauh untuk merasai percutian begitu kerana Denai Kabus Agro Farm and Adventure Resort di Gerik, Perak tawarkan korang percutian seperti di kawasan pergunungan Switzerland.

Denai Kabus yang juga dikenali dengan nama jolokan 'Little Kundasang' menjadi port wajib pencinta alam kerana cuacanya sejuk dan pemandangan dua buah gunung iaitu Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai yang sungguh indah.

Cuaca di Gerik yang sememangnya sejuk menambahkan lagi feel seperti di kawasan perkampungan Eropah.

Pemanduan 20 minit daripada pekan Gerik, Denai Kabus yang dihiasi dengan kabus, tumbuhan hijau dan bunyi siulan burung-burung pasti akan buat korang lebih tenang dan nyaman jika datang ke sini.

Tawarkan Penginapan Cottage Yang Murah

Denai Kabus sediakan penginapan di dalam cottage yang biasa kita lihat dekat negara-negara Eropah je ada.

Bayaran cuma RM150 saja semalaman, korang dapat merasai penginapan unik dan menarik jika bermalam di cottage Denai Kabus yang boleh memuatkan 4 orang dewasa.

Hanya terdapat 6 unit cottage saja yang disediakan di Denai Kabus ni. Boleh plan awal-awal nak bawa kawan atau keluarga ke sini.

Semestinya cottage di Denai Kabus menjadi tumpuan orang ramai untuk membawa keluarga mereka menginap di sini jadi, korang kena book cepat-cepat tau disebabkan bilangannya terhad.

Tapak Perkhemahan Pun Murah!

Selain itu, Denai Kabus juga menyediakan tapak perkhemahan kalau korang tak sempat nak book cottage atau nak merasa pengalaman berkhemah berhadapan tasik.

Tapak khemah dengan bayaran RM50 lengkap dengan punca elektrik, sinki dan tandas beri korang perkhemahan yang selesa

Jika korang inginkan khemah tambahan, Denai Kabus turut membuat sewaan dengan RM10 setiap khemah.

Suasana waktu malam memang best kat sini bila borak dengan kawan-kawan depan unggun api yang tidak dikenakan caj tambahan.

Boleh Cuba Zipbiking Di Denai Kabus

lepas ni tak perlu ke Chocolate Hills, Filipina untuk merasai aktiviti zipbiking dan ia merupakan tarikan terbaru Denai Kabus dan dikatakan sepanjang 350 meter merentasi tasik di sana.

Korang tak perlu risau kalau tejatuh tau sebab akan ada harness yang kuat diikat di badan dan 4 struktur yang pegang basikal menjadikan zipbike Denai Kabus sangat selamat.

Selain itu, macam-macam aktiviti yang disediakan pihak Denai Kabus seperti memandu all-terrain vehicle (ATV) di kawasan kaki gunung, mandi-manda di sungai, menunggang kuda, berkayak, mendaki Gunung Kenderong atau Gunung Kerunai dan terdapat juga taklimat mengenai madu kelulut.

Sesiapa yang pernah menginap di sini mesti akan recommend untuk mandi di kolam renang Denai Kabus kerana sumber airnya dari bukit yang sejuk lagi menyegarkan.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Denai Kabus (@denaikabus)

Buat korang yang gemarkan memancing, Denai Kabus mempunyai 5 buah kolam yang berasingan dan ikan-ikannya pula besar tau. Memang puas hati kalau kaki pancing datang ke sini.

Setiap masa akan dipenuhi dengan aktiviti dan dijamin penginapan korang tak akan bosan.

Tak perlu risau kerana aktiviti di sini sesuai dilakukan setiap lapisan umur.

Dewan terbuka turut disediakan di Denai Kabus siap dengan PA system dan banyak ruang terbuka kalau korang rancang nak buat sukaneka.

Boleh dikatakan setiap hari akan ada aktiviti baru yang korang boleh cuba di Denai Kabus.

Kalau korang teringinkan percutian di Switzerland tapi low budget, Denai Kabus tempat yang sesuai dengan ciri-ciri yang diidamkan.

Jom bawa keluarga korang untuk merasai percutian yang unik dan penuh keseronokan di Denai Kabus Agro Farm and Adventure Resort!

Denai Kabus Agro Park and Adventure Resort

Nombor telefon : 011-40311799

Alamat : Denai Kabus, Kaki Gunung Kenderong, Kampung Pahat, Gerik, Perak

Destination: