10 Tips Yang Anda Boleh Ambil Untuk Pastikan Anda Selamat Semasa Melayari Internet

GAYA HIDUP
December 19, 2018 - 05:34 PM


Anda mesti rasa tak lengkap rutin harian anda kan kalau tak gunakan Internet dalam satu hari. Melayari Internet ni dah jadi sebati dengan diri anda yang rasa Internet tu amat penting dalam hidup anda. Nak berfacebook, twitter, instagram, youtube, whatapps dan lain-lain lagi la. Semua tu dihujung jari anda ja.

Tapi anda aware tak yang bila anda guna Internet ni, ada juga bahaya yang menanti untuk menimpa diri anda. Tapi sebelum bahaya tu menimpa anda, kami kongsikan kat bawah ni 10 langkah yang anda boleh apply untuk elakkan perkara tak baik tu terjadi kat diri anda.

Gunakan Password

Anda perlu gunakan password yang kreatif (gabungan huruf, nombor dan simbul) untuk setiap akaun yang anda ada. Password yang anda saja yang tahu. Jangan bagitahu orang lain pula. Anda juga boleh sentiasa tukar password anda bersesuaian dengan keadaan ketika tu.

Install Anti-Virus

Setiap komputer atau gajet yang anda ada perlulah dilengkapi oleh anti-virus. Penting untuk pastikan yang anti-virus tu original. Kalau pakai yang pirates dikhuatiri tak tahan lama. Satu lagi, anda kena alert dengan tarikh tamat anti-virus tu. Sentiasa update dan tukar jika perlu.

Simpan Dan Protect Maklumat Anda

Elakkan dari tinggalkan anda punya komputer atau gajet tanpa pengawasan. Pastikan anda tutup wifi atau Internet kalau anda tak gunakan. Sentiasa scan pendrive atau penyimpan storage yang lain sebelum anda gunakan di komputer anda. Pastikan anda buat back up file untuk setiap file penting dalam komputer anda.

Elakkan Dari Terpedaya

Disebabkan sekarang ni terlalu banyak isu berita palsu, anda perlu elakkan daripada terus percaya dengan bahan atau kadungan dalam laman web, blog dan email yang diragui atau dari orang yang anda tak kenal pun. Kalau perkara ni berlaku kepada anda, pastikan anda rujuk dan semak pada sumber-sumber yang sahih.

Beretika Semasa Gunakan Internet Dan Media Sosial

Anda ada hak untuk meluahkan perasaan korang dalam akaun media sosial peribadi anda tapi jangan anda komen atau menyebarkan sesuatu yang negatif di media sosial milik anda atau milik orang lain. Kenal pasti juga rakan-rakan media sosial anda.

Berwaspada Dengan Jenayah Siber

Jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan makumat dari induvidu yang anda tak kenal melalui email atau akaun media sosial peribadi anda. Elakkan dari melayari laman web dan blog yang berunsur lucah, fitnah, hasutan dan perkara-perkara negatif yang lain. Satu lagi, jangan sesekali benarkan orang lain pakai identiti anda, sama ada melalui email atau akaun media sosial anda.

Fikir Sebelum Klik

Bila anda dapat email atau link dari orang yang anda tak kenal tak kisah lah dari email atau akaun media sosial anda, janganlah anda klik dan cepat-cepatlah padam email atau link tu.

Laporkan

Laporkan email atau link yang mencurigakan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya. Anda juga boleh laporkan pada pihak berkuasa kalau ada berlaku sebarang insiden yang melibatkan jenayah siber. Contoh macam penipuan Internet.

Sikap Ambil Tahu

Tak salah kalau anda ada rasa busybody sikit. Anda kena peka dengan trend penipuan siber terkini. Anda juga perlu faham dan waspada dengan kesan-kesan negatif berkaitan penyalahgunaan Internet.

Patuhi Peraturan

Ada perkara kita boleh buat dan ada perkara kita tak boleh buat. Anda kena tahu dan ikut semua garis panduan yang telah dikeluarkan oleh pihak bertanggungjawab berkaitan penggunaan Internet ni.

Anda boleh refer mycybersecurity.my  untuk dapatkan lebih info dan bantuan berkaitan kalau anda menghadapi masalah yang melibatkan Internet ni.

Guest Editor: Muhamad Nizam