Hotlink Slowkan Line Mereka Tanpa Pengetahuan Orang Ramai Pada Waktu Malam??
GAYA HIDUPKepada pengguna Maxis di luar sana terutamanya Hotlink, korang mesti perasan kan yang line korang agak slow pada waktu malam? Ini kerana Maxis memang akan mengehadkan kelajuan internet korang pada pukul 8 malam hingga ke 12 pagi pada kelajuan 512kbps sahaja tau. Tak kiralah korang pengguna Unlimited 3Mbps atau 6Mbps, sama je semua kena.
Korang boleh lihat sendiri perbualan Whatsapp dari seorang pengguna dengan customer service Maxis. Pengguna tersebut menyedari yang dia tidak boleh stream HD Video walaupun mempunyai pelan 6Mbps. Dan customer service dari Maxis itu memberitahu bahawa terdapat polisi baharu, Fair Usage Policy (FUP) yang diguna pakai ketika PKP sekarang ini.
Menurut portal Soya Cincau, pada 1 Febuari 2021, kelajuan 512kbps tidak disebut dimana-mana pada website, T&C, dan FAQ mereka. Dengan kata lain perbuatan ini tidak diketahui orang ramai dan tidak adil buat semua pengguna. Bukan tu je, malah mereka yang membeli add-on juga mengalami nasib yang sama. Kalau Maxis tak mampu tampung pengguna ramai, kenapa masih lagi jual pelan Unlimited di talian mereka?
Sejurus daripada artikel Soya Cincau dikeluarkan, Maxis memberi sebuah kenyataan tentang isu ini.
"Firstly, Maxis would like to apologise for the miscommunication on the Hotlink Unlimited Fair Usage Policy (FUP) which only applies to certain situations. Maxis would also like to clarify that we do not manage speeds to 512kbps during the MCO period.
Our focus during a surge in network traffic especially during the MCO period is making sure that access to a reliable and fast mobile internet network is available to everyone for essential activities such as web access to important information, e-learning and work from home. This network traffic management for Hotlink users during limited busy hours at night from 8pm to 12 midnight is not to be confused with Fair Usage Policy. Instead, it is an interim measure to ensure less data congestion to ensure a good user experience. We continue to monitor traffic and quality levels, and optimise network capacity while accelerating upgrades to retain a good mobile data speed experience. We encourage customers to reach out to our customer service team for any further assistance."
Menurut kenyataan di atas, Maxis menyatakan bahawa mereka tidak mengehadkan kelajuan internet pada 512kbps, tetapi terdapat proses Network Traffic Management yang dilakukan pada pukul 8 malam hingga 12 pagi. Namun begitu, mereka masih lagi tidak menyatakan apa tindakan yang diambil ketika Network Traffic Management dilakukan hingga menyebabkan kesemua pelanggan Hotlink mempunyai line yang sangat slow.
Sumber: Soya Cincau