Internet Anda Perlahan? Jangan Risau, Hampir Seluruh Dunia Alami Perkara Yang Sama Sekarang Ini
GAYA HIDUPSituasi terkini Covid-19 membuatkan banyak negara mengambil langkah melakukan tindakan kawalan pergerakan dan ada yang telah mengumumkan lockdown dan ini membuatkan jutaan orang berada di rumah bagi mengawal penyebaran wabak berkenaan.
Apabila dirumah, sudah tentunya hiburan yang ada hanyalah perkhidmatan tv, tv berbayar seperti Astro dan sebagainya dan paling utama, internet. Ada yang bergantung kepada internet untuk bekerja dari rumah da nada juga yang hanya bergantung untuk menghabiskan masa dengan melayari laman web, strim video dan sebagainya.
Jika anda perasan, sebermulanya Perintah Kawalan Pergerakan; liputan Internet di kediaman kita jadi perlahan, dan kurang stabil. Jangan risau, ia berlaku dekat hampir seluruh dunia sekarang ini.
Menurut Ookla – syarikat yang menyediakan perkhidmatan semakan kelajuan internet ini; terdapat penurunan yang ketara terhadap kelajuan internet di seluruh dunia.
Paling ketara adalah liputan di Asia terutamanya di China, India, Jepun dan juga negara kita sendiri. Walaubaimanapun, jika kita lihat graf laporan berkenaan, China telah mendapat liputan yang stabil bermula Februari.
Di India dan Malaysia, situasinya berbeza yang mana secara purata, kelajuan internet telah jatuh sehingga 80Mbps dari pertengahan Mac hingga kini, iaitu tempoh dimana kerajaan mengumumkan PKP.
Sebab utama yang menyebabkan kelajuan ini berkurangan adalah penggunaan yang tinggi di Internet Service Provider (ISP) semasa tempoh PKP yang mana kebanyakkan akan menggunakan internet, lebih – lebih lagi mereka yang perlu bekerja dari rumah.
Masalah yang sama juga dihadapi oleh pengguna telefon yang mana kelajuan liputan mereka turut terganggu bermula 18 Mac selepas pengumuman PKP. Hal yang sama juga dilaporkan berlaku di Eropah yang mana negara – negara seperti Jerman, Switzerland, Sepanyol dan Belanda turut terkesan.
Kesimpulannya jelas; iaitu negara yang mengeluarkan arahan berkurung atau meminta rakyat menghabiskan masa di rumah akan mengalami masalah gangguan internet yang mana ini adalah disebabkan penggunaan yang terlalu banyak dalam satu – satu masa.
Di Eropah misalnya, Netflix dan Youtube telah mengumumkan penurunan kualiti video penstriman pengguna kepada 480p sahaja bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh jaringan internet mereka.
Jadi, secara kesimpulannya; anda yang berada di Malaysia ni, jangan pening kepala jika liputan internet anda perlahan semenjak dua ini. Pastinya, selepas PKP ini berakhir, ia akan kembali normal.