3 Festival Muzik Antarabangsa Di Sarawak, Julai Ini

GAYA HIDUP
July 10, 2019 - 02:03 PM


Sepanjang bulan ini, Sarawak bakal dibanjiri dengan kehadiran penggemar muzik antarabangsa dari seluruh dunia!

Kesemua pelancong tersebut berkampung di Bumi Kenyalang itu bagi menyertai 3 festival muzik antarabangsa iaitu:

#1. Rainforest World Music Festival (RWMF) 2019

Tarikh: 12 hingga 14 Julai

Lokasi: Kampung Budaya Sarawak, Kuching

Tiket Masuk: RM200 untuk kemasukan sehari / RM550 bagi ‘Full 3-Day Bundle Pass’.

#2. Festival Muzik Jazz Borneo Ke-14

Tarikh: 19 hingga 21 Julai

Lokasi: Coco Cabana, Miri

Tiket Masuk: RM200 untuk kemasukan sehari / RM550 bagi ‘Full 3-Day Bundle Pass’.

#3. Rainforest Fringe Festival

Tarikh: 5 hingga 12 Julai

Lokasi: Kuching

Tiket Masuk: Percuma

Bagaimanapun, terdapat pakej serta diskaun menarik yang ditawarkan kepada peminat muzik tempatan dan luar negara yang menempah awal tiket untuk RWMF 2019 dan Festival Muzik Jazz Borneo Ke-14.

Untuk maklumat lanjut mengenai harga tiket dan pakej bagi RWMF 2019, orang ramai boleh melayari http://rwmf.net, manakala Festival Muzik Jazz Borneo pula BorneoJazzFestival.com.

Kali ini, Kampung Budaya Sarawak sedia menerima 24,000 pengunjung  yang disasarkan ke RWMF 2019 dan pihak penganjur turut menyediakan penapis air khas buat mereka bagi mengurangkan penggunaan botol plastik.

Istimewanya RWMF tahun ini juga bakal menyaksikan penyertaan sebuah kumpulan kebudayaan etnik Sangtam Naga dari negeri Nagaland yang terletak di timur laut India.

Negara lain yang mengambil bahagian termasuk Bhutan, Colombia, Jepun, Madagascar, Mauritius, New Zealand dan Sepanyol.

Lima kumpulan muzik Sarawak akan menampilkan muzik dan melodi daripada suku kaum Borneo yang berbeza.

Acara itu akan mengetengahkan bengkel muzik, persembahan budaya dan kraf tangan, gerai makanan dan konsert pada sebelah malam.

 

 

 

Destination: