Tahun Lepas Batal, Tahun Ni Jom Enjoy Rainforest World Music Festival 'Online'

GAYA HIDUP
June 17, 2021 - 04:48 PM


Wow, korang tahu tak mulai esok (18 Jun ) -- Rainforest World Music Festival (RWMF) 2021 bakal membuka tirai untuk para peminatnya, selepas tahun lepas ianya dibatalkan akibat penularan pandemik Covid-19.

Namun, tahun ini acara ikonik tersebut termasuk penganjuran Borneo Jazz Festival tetap diteruskan -- tetapi ia dilangsungkan secara online atau dalam talian.

Penganjuran acara muzikal tahunan yang melibatkan penyertaan masyarakat antarabangsa yang popular di Bumi Kenyalang itu sangat dinanti-nantikan oleh para peminatnya meskipun ia hanya bakal disaksikan menerusi edisi maya.

RWMF 2021 kali ini akan menampilkan sesi pra rekod temu ramah bersama artis tempatan Sarawak.

Antara artis jemputan yang akan memeriahkan program tersebut termasuk pemain sape profesional, Mathew Ngau Jau, Alena Murang,Sang Rawi, At Adau, Nading Rhapsody, KEMADA, Suk Binie’ dan juara kejohanan seni persembahan dunia (WCOPA) Tuku Kamek.

Sementara untuk Borneo Jazz Festival pula, festival itu akan menghiburkan penonton dengan barisan pemain muzik jazz seperti Clinton Jerome Chua, O-Ha Seoul Band, Nisa Addina, Ta’Dan dan Prince of Borneo, Pete Kallang.

Persembahan Festival Muzik itu boleh disaksikan menerusi Shoppee Live dan laman web rasmi di WWW.RWMF.Net yang akan berlangsung selama 90 minit dari jam 6:00 petang hingga 7:30 malam setiap hari dari 18 hingga 20 Jun 2021 ini.

Setakat ini jumlah pendaftaran penonton telah mencecah 12,400 orang.

Meskipun kita tidak dapat mewujudkan pengalaman dan suasana persembahan secara langsung seperti tahun-tahun sebelumnya, sekurang-kurangnya rakyat Malaysia masih lagi berpeluang menikmati acara yang menyeronokkan ini bersama keluarga di rumah.

Jadi, jom sama-sama kita sokong industri muzik tempatan!

Sumber: Astro Awani

 

 

Destination: 
Artikel berkaitan