4 Tablet Bawah Harga RM500 Untuk Pembelajaran Online Di Rumah

GAYA HIDUP
May 21, 2021 - 03:34 PM


Sekali lagi negara kita terpaksa berdepan dengan situasi PKP. Dan akibat daripada itu sekolah-sekolah dan universiti terpaksa ditutup. Mereka sekarang ini mengamalkan Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Namun masih lagi ramai yang struggle kerana tidak mempunyai peralatan dan gajet yang mencukupi untuk proses kelas online. Jadi ini adalah 4 tablet yang berharga bawah RM500 di Shopee dan Lazada untuk korang beli dan berikan kepada anak-anak korang. 

 

4. Huawei Tab S 10.1 

Tablet ini sangat sesuai untuk korang yang inginkan skrin besar dan clear untuk zoom call. Malah kapasiti baterinya juga agak besar membuatkan sesi kelas online berjalan dengan lancar. 

  • OS: Android 6.0
  • Screen: 10.1" HD IPS
  • Battery: 4,500mAh
  • CPU: 1.3GHz Quad-Core
  • Memory: 3GB/4GB RAM
  • Storage: 32GB/64GB ROM
  • External Memory: Maksimum 128G (TF memory card)
  • Camera: 5MP (Belakang) & 2MP (Depan)

Harga: Shopee RM369 Lazada RM399

 

3. Teclast P80X 4G

Walaupun kualiti kamera agak mengecewakan, namun tablet ini sesuai digunakan untuk aktiviti membaca nota dan slides yang disediakan oleh guru dan lecturer.

  • OS: Android 9.0 
  • Screen: 8"
  • Battery: 4,500mAh
  • CPU: 1.6GHz Octa-Core A55
  • Memory: 2GB RAM
  • Storage: 32GB ROM
  • External Memory: Maksimum 128G (TF memory card)
  • Camera: 2MP (Belakang) & 0.3MP (Depan)

Harga: Shopee RM339 Lazada RM359

 

2. Amazon Fire HD 8

Brand yang sangat terkenal dan dipercayai di seluruh dunia, tablet ini sangat sesuai untuk mereka yang minat membaca e-book. Dengan kata lain, sesuai untuk student menelaah bahan pembalajaran di rumah. 

  • OS: Android 9.0
  • Screen: 8"
  • Battery: 4,850mAh
  • CPU: 2.0GHz Quad-Core
  • Memory: 2GB/3GB RAM
  • Storage: 32GB/64GB ROM
  • External Memory: Maksimum 1TB
  • Camera: 2MP (Belakang) & 2MP (Depan)

Harga: Shopee RM429 | Lazada RM429

 

1. Teclast P20HD

Tablet murah yang digemari bukan sahaja dalam kalangan student, tetapi mereka yang sudah bekerja. Dengan kapasiti bateri terbesar dalam list ini, korang tak perlu risau tentang penggunaan sepanjang hari terutamanya dalam kelas online. 

  • OS: Android 10.0
  • Screen: 10.1"
  • Battery: 6,000mAh
  • CPU: 1.6GHz Octa-Core A55
  • Memory: 4GB RAM
  • Storage: 64GB ROM
  • External Memory: Maksimum 128G (TF memory card)

Harga: Shopee RM499 | Lazada RM449

Destination: