4 Tips Membantu Untuk Korang Yang Tengah Cari Kerja!
GAYA HIDUPTak dapat nak nafikan tatkala pandemik ni memang ramai yang terkesan bab pendapatan, ada yang hilang pendapatan kerana dibuang kerja, ada yang gajinya dipotong separuh, dan antara yang terkesan juga adalah lepasan kolej dan universiti yang baru ingin menapak ke alam pekerjaan yang masih lagi bergelut mencari pekerjaan pertama dorang.
Mencari pekerjaan bukanlah sesuatu yang mudah, lagi-lagi bila korang kena berebut dengan ramai lagi orang lain yang tengah mencari kerja juga. Tapi, ini min ada xx tips untuk tolong korang cuba menyerlah berbanding calon-calon yang lain.
SEDIAKAN RESUME YANG SIMPLE
Walaupun ramai yang kini lebih suka mencuba sesuatu yang kreatif untuk menyerlah, menurut pendapat mereka yang berkerja di bahagian HR, lebih mudah untuk mereka mengimbas sesuatu resume yang mempunyai aliran dari atas ke bawah, berbanding resume yang mempunya beberapa kolum seperti kiri, dan kanan.
Namun, pendapat ini mungkin sedikit berbeza bagi mereka yang berada di dalam bidang yang lebih kreatif seperti pereka grafik, penulisan kreatif, dan yang berkenaan.
Selain itu, lebih mudah juga kalau korang hanya menyediakan resume yang ringkas kerana dengan teknologi moden kini, sesetengah syarikat lebih gemar untuk menggunakan sistem komputer automatik yang akan mengimbas resume korang dan memasukkannya di dalam sistem, dan resume yang terlalu kreatif mungkin boleh menyebabkan kepayahan untuk sistem membaca.
'HIDUPKAN' LINKEDIN
Walaupun korang dah kemas kini resume dan profil korang di laman sesawang yang lain, antara perkara lain yang penting adalah untuk pastikan LinkedIn korang kekal aktif. Maksudnya, pastikan korang sentiasa berinteraksi di platform tersebut.
Sebabnya, LinkedIn terkenal sebagai antara platform mencari kerja yang paling efektif, selain mempunyai ramai pengguna di peringkat yang berbeza, yang boleh menjadi kenalan yang mungkin mampu memberikan peluang tanpa korang sedari.
Ada yang pernah kata, kalau korang tidak wujud di LinkedIn, korang seperti tidak wujud di dalam alam pekerjaan.
RANGKA EMEL YANG MEMBUKA MATA
Ramai dikalangan korang yang mencari kerja masih belum tahu cara-cara yang tepat untuk merangka emel yang mampu membuka mata mereka dibahagian pengambilan. Yang paling penting sekali, korang jangan hantar emel kosong semata-mata resume, tanpa butiran lain.
Antara perkara yang paling penting di dalam sebuah emel permintaan kerja adalah:
- Subjek emel yang tepat
- Sapaan
- Perkenalkan diri
- Sebab korang menulis emel tersebut
- Sebab korang berminat dengan pekerjaan tersebut
- Faktor yang menjadikan korang calon yang sesuai
- Akhiri emel dengan kata-kata terima kasih yang sesuai, dan tinggalkan nombor telefon, ataupun cara yang terbaik untuk menghubungi korang.
CARI KERJA ADALAH SEPERTI SEBUAH PEKERJAAN
Antara kata-kata yang sering didengari mereka yang sedang mencari kerja adalah 'sabar'. Dan walaupun mungkin korang dah muak dengar, mencari kerja perlu dianggap seperti sebuah full time job korang. Tak pernah ada istilah 'dah banyak sangat apply' ataupun 'tiada langsung kerja yang sesuai dengan aku'.
Ingat, rezeki yang tepat akan datang pada korang, tetapi tidak bermaksud korang tidak perlu mencuba. Min doakan yang terbaik untuk korang, dan semoga berita baik menyusul datang dalam kehidupan korang!