Raya PKP Lagi? Rilek Je, Ini 5 Cara Korang Boleh Kekalkan Mood Raya

GAYA HIDUP
May 11, 2021 - 11:45 AM


Walaupun kadar kes penularan wabak pandemik dalam negara kita memang dalam keadaan yang tidak terkawal, korang mesti masih berharap yang at least kita boleh beraya kan sebab tahun lepas kita dah beraya dalam keadaan PKP. Tapi, apakan daya, tahun ini kita akan beraya PKP lagi sekali. 

Disebabkan pengumuman raya PKP tahun ni macam last minute sikit, mungkin ada yang dah buat persiapan serba sedikit, dan agak down bila dapat berita macam ni. Jadi, sini min nak kongsi 5 cara untuk korang masih dapat kekalkan mood raya, sambil kekal berada di dalam rumah. 

1. PAKAI BAJU RAYA FULL SET 

Walaupun tak dapat nak ke mana, pada pagi raya tu korang pakai lah baju raya di rumah dan bergambar dengan keluarga kecil, ataupun bagi yang sangkut bersama gang bujang, bergambar lah bersama-sama, sambil pasang lagu raya. 

Tak kisah lah sama ada baju raya baru ataupun yang dikitar semula, pakai je demi merasai rasa raya.

2. MASAK JUADAH HARI RAYA 

Kalau bukan hari raya, bila lagi kita nak merasa juadah raya? Orang kata, makan rendang, lemang, dan ketupat pada hari-hari biasa tak akan sesedap kalau dimakan pada hari raya. Jadi, walaupun kita di dalam perintah kawalan pergerakan, korang kena juga makan juadah hari raya. 

Bagi yang terkurung bujang, inilah masanya untuk korang belajar masak rendang, nanti bila dah berkeluarga, barulah korang boleh tunjuk power!

3. ZIARAH MAYA

Sebelum ini ziarah menziarahi dibenarkan pada 1 Syawal, tapi disebabkan kita baru sahaja diumumkan akan PKP seluruh negara, aktiviti ziarah menziarahi kini dilarang sama sekali. Tetapi, bermaaf-maafan di pagi raya itu adalah budaya kita, jadi kita kena teruskan. 

Zaman sekarang semuanya canggih, apa susah? Video call je!

4. HIAS RUMAH MACAM DI KAMPUNG

Hiasan rumah ni penting terutama sekali bagi korang yang sangkut di bandar. Hiasi rumah korang dengan dekorasi raya supaya korang boleh dapatkan feel hari raya seperti di kampung. Paling mudah, gantungkan lampu raya di sekitar kawasan rumah, dan bagi yang duduk rumah bawah, boleh pasang pelita. 

5. TENGOK TV PROGRAM RAYA 

Memang tak boleh dinafikan yang semua saluran TV memang akan dipenuhi dengan siaran program raya je. Kalau tidak pun, yang paling digemari orang kita bila meluangkan masa bersama keluarga pada hari raya adalah, cerita hantu, dan komedi. Jadi, walaupun tak dapat nak berkumpul ramai-ramai seperti di kampung, duduk je depan TV dengan keluarga kecil, ataupun rakan-rakan yang ada. 

Raya tetap raya walaupun PKP.