#SiBodohKauDengarSini Trending Apabila Netizen Berdebat Tentang Waktu Operasi Kedai Makan

GAYA HIDUP
January 21, 2021 - 06:07 AM


Sekarang ni kalau korang tak tahu ramai netizen yang tengah bengang dan frust kerana waktu operasi kedai makan ditutup pada pukul 8 malam waktu PKP 2.0 ni. Dan ini menyebabkan beberapa netizen berdebat mengenai kepentingan waktu operasi kedai makan dilanjutkan sehingga 10 malam. Ini kerana netizen yang balik kerja pada pukul 5 / 6 petang tak sempat untuk membeli makan malam.

Last order untuk GrabFood dan FoodPanda juga bermula pada pukul 7 petang. Dan mereka yang baru balik dari kerja kemungkinan besar sedang stuck dalam jem untuk sampai ke rumah. Jadi kalau order dengan lebih awal pun kemungkinan besar tak sempat untuk ambil. Bukan tu je, mula dari pukul 5 lagi, aplikasi penghantaran makanan dah mula hang sebab terlalu ramai yang menggunakannya.

 

 

Netizen yang membaca reply di atas sangat kagum dengan penggunaan 'Si bodoh, kau dengar sini', mereka mula menggunakan hashtag dengan ayat yang sama. Kebanyakan orang yang menggunakan hashtag ini merupakan mereka yang berada dalam keadaan sama, tidak sempat untuk membeli makanan untuk makan malam. Syed Saddiq pun guna tau.

 

 

 

 

Sehubungan dengan itu, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya kini sedang mengkaji mengenai permintaan tempoh waktu operasi kedai makan dilanjutkan. Beliau bimbang sektor ekonomi lain akan mengungkit dan meminta tempoh operasi mereka dilanjutkan juga sekiranya kerajaan membenarkan pelanjutan tempoh operasi kedai makan.

Destination: