5 Benda Korang Boleh Buat Untuk Jimatkan Penggunaan Elektrik
GAYA HIDUPMemandangkan sekarang ini waktu PKP/PKPB/PKPP, jadi kebanyakkan korang memang duduk rumah. Ada majikan yang turut mengeluarkan arahan untuk kerja dari rumah buat sementara waktu, jadi tempoh masa berada di rumah itu memang bertambah, sekaligus menambah sekali pengunaan elektrik dalam rumah.
Ketika waktu PKP yang pertama tahun lepas, ramai yang terkejut dan membuat aduan yang bil elektrik dorang memang sangat tinggi, dan terlalu jauh beza dengan bil-bil elektrik yang mereka bayar sebelum ini.
Sebenarnya kenaikkan mendadak bil elektrik korang itu memang masuk akal sebab sebelum ini memang balik rumah untuk tidur, sekarang boleh dikatakan 24 jam di rumah. Tapi jangan risau, ada 5 benda yang korang boleh buat sebagai usaha untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan mengurangkan bil elektrik korang.
1. Manfaatkan pencahayaan semula jadi (natural lighting)
Aku sendiri pon mengaku yang kita ini kadang-kadang dah terbiasa berada di rumah waktu bila hari dah gelap, so dengan automatic kita akan buka lampu di tempat-tempat yang kita duduk, bila dah menjadi kebiasaan, kita pon buka je lampu-lampu walaupun di waktu siang.
So, waktu siang korang boleh la manfaatkan pencahayaan semula jadi, kalau ruang di rumah korang ada tingkap, korang hanya perlu ikat/selak langsir, cukup terang, tak perlu guna lampu.
2. Upgrade peralatan elektrik!
Sebenarnya, peralatan elektrik yang korang simpan untuk bertahun-tahun especially kalau dah dekat 10-20 tahun, memang akan menggunakan elektrik yang banyak sebab binaan elektronik dorang dah uzur.
Peralatan elektrik yang baru pula memang direka dengan ciri-ciri yang akan konfem jimat elektrik.
Jadi, kalau korang ada perkakas yang dah terlalu outdated, dah boleh consider tukar baru lah ya!
3. Kerapkan penyelenggaraan penghawa dingin
Aircond dekat rumah itu jangan la diabaikan, masih ramai yang beranggapan bahawa, selagi dia sejuk, dia ok. Sebenarnya nak selenggara tak susah pon, korang hanya perlu memastikan penapis udara dekat aircond korang itu dibersihkan setiap 3-4 bulan.
Memang dia akan kekal sejuk, tapi sebenarnya bila penapis udara itu dah penuh dengan habuk, aircond korang memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk menyejukkan ruang-ruang di rumah korang.
Kalau korang nak tahucara penggunaan aircond yang tepat dan yang akan menjimatkan elektrik, boleh baca sini.
4. Cabut plug kalau tak guna.
Sebenarnya aku sendiri pon rasa remeh nak buat benda ini, dah turn off, jadi rak perlu lagi nak cabut plug kan? Tapi sebenarnya kalau korang tak cabut plug, masih ada lagi aliran elektrik yang berjalan. Walaupun sikit, kalau 24jam dia berjalan, mesti memberi kesan yang besar juga pasa bil elektrik korang.
5. Shut down!
Bukan kata musim kerja di rumah je, tapi kadang-kadang ada yang m memang jadikan kebiasaan untuk hanya meletakkan komputer, ataupun dekoder TV korang pada mode stand by sebab korang malas nak tunggu komputer dan dekoder tersebut boot up bila korang nak guna kan? Sangat membazir sebenarnya, tutup sahaja, kemudian ikut tip nombor 4, cabut plug.
Sumber: mStar