5 Gambar ‘Nature’ Terbaik Dari Pertandingan The Nature 2020 Competition

GAYA HIDUP
March 23, 2020 - 04:20 PM


Sebuah aplikasi ‘free-to-use’ Agora telah berkongsi foto – foto terbaik finalist pertandingan #Nature2020 anjuran mereka yang terbuka kepada jurugambar professional dan amatur dari seluruh dunia.

Sering mengadakan pertandingan – pertandingan seperti ini di platform mereka, boleh dikatakan ia dapat memberikan pendedahan untuk semua jurugambar yang mengambil bahagian.

Dilancarkan pada 31 Januari, Agora #Nature 2020 merupakan pertandingan paling baru dilancarkan di dalam aplikasi mereka yang mana pengguna boleh menghantar, menemui dan mengundi foto – foto yang dihantar oleh pengguna mereka  menerima 11,086 penyertaan dan pemenang akan membawa pulang hadiah berupa wang bernilai $1,000 (~ RM4,395).


Miracle-by-reikot-Japan

Setuap minggu, konsep universal akan diambil sebagai tema dan mereka yang menghantar gambar terbaik akan diundi oleh pengguna aplikasi yang kini mempunyai sekitar 3.4 juta orang dari lebih dari 193 buah negara.

Berikut adalah top 5 gambar pemenang #Nature2020 di Agora :

#1. Korchnoi Pasaribu (Jakarta)

 

#2. Jordi Sark (Barcelona)

 

#3. Victor de Valles Ibanez (Spain)

 

#4. Sebastian Burziwal (Wein, Austria)

 

#5. Nofianto (Indonesia)

Untuk anda yang minat fotografi, sekarang ini ada beberapa pertandingan yang aktif yang korang boleh cuba antaranya #Architechure, #StayHome, #Sports2020, #Fun2020 dan #Water2020.

Untuk memuatnaik gambar, ianya percuma (untuk gambar pertama) dan gambar berikutnya akan dikenakan 1 kredit. Kemudian gambar akan dibuka untuk undian mencari Top 50,  dan konsep undian adalah dipecahkan kepada 5 pusingan. Satu pusingan satu pemenang, sehinggalah minggu akhir.

Pemenang top 50 akan mendapat 5 kredit, Top 5 akan menerima 5 kredit, Hero (pemenang utama) akan mendapat hadiah berupa wang.

Menarik kan? Selain dapat pendedahan, korang boleh cuba jugak ni. Manalah tahu memang hadiah wang tunai tu.

Try lah, download Agora

All photo credit : Agora
;