6 Fakta Menarik Mengenai Pembaca Berita, Zalina Azman Yang Hilang Sehingga Kini!

GAYA HIDUP
July 19, 2022 - 01:00 PM


Bagi yang suka menonton saluran berita TV3 pastinya mengenali pembaca berita terkenal era-90 an iaitu Zalina Azman.

Disifatkan sebagai cantik, bijak dan elegan pastinya ramai membuatkan penonton meminati personaliti wanita itu yang turut mempunyai karisma serta tutur kata menarik apabila menjalankan tugasan di depan lensa kamera sehingga menjadi inspirasi golongan wanita.

Bagaimanapun, siapa sangka bahawa ketika ini negara dikejutkan dengan kes kehilangan Zalina Azman yang dilaporkan tidak dapat dikesan sejak November 2021!

Memandangkan berita kehilangannya kini menjadi bualan ramai, apa kata kita imbas kembali mengenai diri wanita itu menerusi 6 fakta berikut :-

1) Memiliki Sarjana Kewartawanan, Zalina mula bekerja di stesen televisyen TV3 sejak tahun 1990.

2) Pasti ramai yang merindui suara dan kepetahan bekas personaliti TV3, Zalina Shaharah Azman, 58 tahun  menyampaikan berita berbahasa Melayu dan Inggeris.

3) Kewibawaan Zalina Shaharah Azman ketika menyampaikan berita dan mengacarakan program Money Matters sememangnya tidak dapat disangkal.

4) Zalina pernah diberi jolokan ‘hos wanita paling glamour’ dan pernah menemuramah personaliti antarabangsa seperti bekas Perdana Menteri Afrika Selatan, Nelson Mandela.

5) Beliau turut berpeluang menemuramah bintang popular Hollywood, iaitu selebriti Beyonce Knowles dan Britney Spears.

6) Selepas bersara, Zalina menulis beberapa buah buku. Antara karyanya ialah Mystical Mangla dan V for Vintage.

ZALINA HILANG SEJAK NOVEMBER 2021

Bagaimanapun kini, Zalina dikhabarkan hilang jejak. Beliau dilaporkan hilang sejak November 2021 dan masih tidak dapat dijumpai walaupun segala usaha mencari telah dilakukan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd lqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan daripada anak Zalina, Mikhael Norman, 33 tahun berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas.

Dalam laporan itu, anak Zalina cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk dimasukkan ke hospital namun gagal.

Pada 29 November 2021, Mikhael dan pak ciknya sampai di rumah ibunya di Seksyen 3, Shah Alam dan mendapati kereta ibunya berada di rumah.

DOKUMEN PERIBADI, WANG TUNAI DAN KUNCI KERETA

Berdasarkan pemeriksaan di rumah Zalina yang dipercayai tinggal seorang diri mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, namun mangsa tiada di rumah.

Turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

Segala usaha mencari telah dilakukan namun gagal menemui wanita itu.

Polis membuat hebahan kepada orang awam untuk membantu siasatan dengan ciri-ciri mangsa adalah berketinggian 158 sentimeter, berat 60 kilogram, berkulit hitam manis dan berbadan kurus.

Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-55194622 jika mempunyai maklumat.

Sumber: Sinar Harian

Destination: