7 Perkara Yang Perlu Dipertimbangkan Sebelum Tempah Backpacker Hostel

GAYA HIDUP
July 12, 2019 - 12:44 PM


Bagi mereka yang belum pernah cuba bermalam di sebuah hostel backpackers, mungkin mereka kurang faham mengapa ramai traveller memilih backpacker hostel. Selain mengurangkan kos, sebenarnya ada banyak lagi kelebihan yang kita boleh dapat daripada tinggal di hostel.

Kelebihan menginap di backpacker hostel antaranya, murah, membantu ekonomi orang tempatan, berjumpa ramai traveller lain dan banyak lagi lah.

Tapi, kebanyakan kelebihan di atas tadi bergantung kepada beberapa faktor juga. Dalam erti kata lain, bukan semua backpacker hostel itu murah, ada yang lebih mahal dari hotel.

Dibawah ini ada disenaraikan antara perkara - perkara yang perlu diambil kira sebelum menempah backpacker hostel , ada 7 perkara penting :

#1. Lokasi

Disebabkan ramai antara backpackers memilih hostel untuk menjimatkan kos, jadi pemilihan lokasi hostel adalah sangat penting.

Hari ini, terdapat banyak laman web yang dah mula senaraikan hostel backpackers dalam senarai penginapan mereka dan boleh dikatakan kesemuanya tepat. Jadi, tak salah kiranya kalau teliti dahulu lokasi hostel berkenaan. Pastikan lokasinya adalah berdekatan dengan tempat-tempat menarik, ditengah-tengah bandar ataupun berada di kawasan yang mudah untuk mendapatkan pengangkutan awam.

Selain faktor pengangkutan, teliti juga kawasan berkenaan. Ada restoran atau tidak, ada kedai serbaneka, mesin ATM dan lain-lain yang dirasakan perlu. Kalau masih dalam lingkukan ‘boleh sampai’ dengan berjalan kaki, kira okay lah tu.

 

#2. Review

Rajin – rajinkan diri untuk baca review terkini tentang satu-satu hostel yang kita akan tempah. Biasanya, backpackers ni jarang yang menipu dan diorang tahu ‘standard’ yang boleh dijangkakan.

Nama pun backpacker hostel, jangan nak hara pia macam hotel 5 bintang lah, melainkan hostel tersebut memang nyatakan sebegitu. Selain itu, perhatikan juga komen berkenaan kebersihan, lokasi dan tips. Biasanya kalau ada yang rajin, mereka akan share.

 

#3. Hostel Sendiri atau Organisasi

Setakat ini, dah ada pengalaman tinggal di hostel persendirian dan hostel yang dikelolakan oleh syarikat atau organisasi. Kalau organisasi ni, dia macam ada cawangan dekat tempat lain jugaklah dan dikendalikan oleh syarikat sama.

Biasanya, yang dikendalikan oleh orang persendirian ni lagi best. Sebabnya mereka ni kebanyakkannya traveller jugak dan membuka bisnes hostel, jadi mereka tahu apa kehendak pelanggan mereka.

 

#4. Saiz Dorm

Macam yang kami selalu ceritakan sebelum ini, saiz dan bilangan dorm ni bergantung kepada pengusaha atau tempat hostel itu sendiri. Paling minima, bilik seorang, dan paling ramai yang pernah nampak, 20 katil dalam satu dorm.

Tips dia dekat sini, pilih yang sedang-sedang. Sama ada 4 katil atau 6 katil. Biasanya, lagi banyak katil, lagi murah harga untuk bermalam di satu-satu hostel, tapi kena fikirkan faktor persekitaran jugak. Kalau bilik terlalu ramai, berkemungkinan besar, tidur akan terganggu, terasa kurang privasi dan keselamatan barang-barangan.

 

#5. Dorm Terpisah Atau Tidak

Ada sesetengah hostel, mereka akan pisahkan dorm lelaki dan wanita dan ada juga dorm campuran. Untuk pasangan yang berkahwin, ini mungkin menjadi satu masalah kerana berkemungkinan anda akan kongsi satu beg dan sebagainya.

Dari segi keselamatan, masih perlu berjaga-jaga tapi risikonya kecil sedikit berbanding dorm campuran dan besar. Macam gambar diatas tu. biasanya diorang akan nyatakan sama ada ia mixed dorm atau female only. 

 

#6. Kemudahan

Selain harga yang berpatutan, seperkara yang perlu diambil kira adalah kemudahan yang disediakan di sesebuah hostel. Paling penting menurut ramai backpacker adalah kemudahan untuk memasak dan peti sejuk untuk menyimpan barang ‘basah’. Ini biasanya untuk yang menginap untuk tempoh masa yang lama.

Selain itu, kaunter pendaftaran atau staf yang ada di premis 24 jam, WiFi percuma dan lain-lain perkhidmatan yang penting menurut kesesuaian.

 

#7. Extra

Bahagian extra ni kebiasaannya perkhidmatan yang tak selalu ditawarkan oleh tempat lain tetapi ditawarkan di hostel tersebut. Mungkin sarapan secara percuma, tuala, pengangkutan dari / ke lapangan terbang dan lain-lain perkhidmatan yang disediakan.

Selalunya, apa yang menarik adalah hostel yang ada kafe sendiri, mesin bancuh kopi misalnya, bilik entertainment atau board game, komputer dan lain-lain. 

Disebabkan nama pun extra, mungkin ada yang kenakan bayaran, mungkin ada yang diberikan secara percuma tapi disediakan atas permintaan.


BACA JUGA