9 Sebab Kenapa Anda Perlu Tonton Filem PASKAL The Movie

GAYA HIDUP
October 01, 2018 - 04:55 PM


Minggu lepas filem aksi PASKAL The Movie telah mula ditayangkan. Tidak memeranjatkan apabila filem ini berjaya mengutip sebanyak 2 Juta pada hari pertama ditayangkan. Trend filem melayu yang dimulakan dengan Hantu Kak Limah dan diikuti filem Munafik 2 kini berterusan untuk filem PASKAL. Kutipan yang memberansangkan menunjukkan penerimaan yang baik untuk filem tempatan oleh orang kita sendiri. Pastinya ia satu perkembangan yang positif untuk industri perfileman negara.

Sabtu lepas kami berpeluang untuk menonton sendiri Filem PASKAL The Movie ini. Agak terkejut apabila kebanyakkan tiket filem ini "sold out" untuk pawagam utama di Malaysia. Namun, kami berjaya dapatkan tiket di IOI City Mall pada jam 9.40 malam. 

Selepas menonton sendiri filem ini, apa yang boleh kami katakan anda patut lihat sendiri. Berbaloi untuk habiskan RM17!

Kami kongsikan 9 sebab kenapa anda patut tonton Filem PASKAL The Movie:

1.  Plot filemnya tidak begitu ‘draggy’, manakala ‘back story’ yang ditunjukkan sedikit sebanyak menceritakan tentang konflik yang sedang berlaku dalam diri Arman.

2. Pendekatan pengarahnya iaitu Adrian Teh yang juga penulis filem ini dengan memasukkan beberapa insiden yang pernah dihadapi oleh pasukan khas negara ini seperti Operasi Fajar 2011 yang dijalankan oleh pasukan Paskal dalam misi menyelamat tebusan kapal Bunga Laurel yang ditawan lanun Somalia. Ia setidak-tidaknya memberikan sedikit gambaran kepada penonton bagaimana Paskal menjalankan misi yang sukses itu.

3. Mirip seperti filem pasukan khas Amerika Syarikat (AS) iaitu Act of Valor. Seperti filem Hollywood yang dilakonkan kebanyakkan anggota tentera AS itu, Paskal memberikan aksi tembak menembak dan serangan taktikal yang sebenar dan tanpa menokok tambah aksi tembak dan letupan yang keterlaluan. Aksi-aksi ketenteraan yang sebenar inilah yang menjadikan Paskal sebagai sebuah filem ‘perang’ tempatan paling hebat selepas Bukit Kepong dan Leftenan Adnan

4. Lakonannya juga tidaklah begitu mengecewakan. Walaupun mereka bukanlah pelakon ternama tanah air, mereka mampu menjiwai watak dan memberikan kualiti lakonan yang baik. Bagi saya, ‘Most valuable actor’ dalam filem ini ialah Ammar Alfian. Lakonannya sebagai Jeb sangat memorable dan dia mampu menggalas watak sebagai seorang penjahat dengan baik.

Watak Jeb antara yang patut diberi pujian

5. Watak protagonis, antagonis dan tritagonis yang berjaya memberikan sepenuh penghayatan, emosi, gerak tubuh dan reaksi  wajah yang cukup hebat. Watak protagonis Arman berjaya dipersembahkan dengan cukup baik sekali oleh Hairul Azreen yang pasti bakal membuatkan anda terpesona dan percaya bahawa apa yang anda tonton di layar itu ialah Arman dan bukannya Hairul. Susuk tubuhnya yang sasa dan sangat cantik begitu menghidupkan sisi  maskulin watak Arman tersebut

6. Filem ini mampu membunuh persepsi anda dan menjadi kewajiban anda untuk ditonton kerana filem Paskal dipenuhi dengan pelbagai babak aksi yang berkualiti antarabangsa dan pasti  membuatkan dua biji  mata anda terpegun tidak berkelip­kelip dan secara tidak langsung menyebabkan mulut anda terlopong menganga seolaholah tidak percaya ini adalah hasil kerja anak tempatan Malaysia

7. Penuh dengan elemen kekeluargaan dan sedikit unsur humor yang berjaya memberi  pengertian yang jelas buat anda dalam memahami  lagi  maksud sebenar ayat 'Antara Negara Dan Keluarga' yang menghiasi treler dan poster filem Paskal  ini. Jangan risau kerana filem ini  tidak mempunyai  adegan atau babak­-babak cinta anak orang kaya yang lepas tamat belajar perlu menggantikan jawatan bapa mereka sebagai  CEO syarikat yang untung berbilion Ringgit Malaysia dalam setahun.

8. Ia berjaya mengangkat kisah benar yang membuatkan anda bakal  teruja bermula pada pengenalan awal  filem ini  lagi iaitu kisah Ops Fajar berkenaan pasukan Paskal  yang terlibat di  dalam merampas semula kapal  dagang MT Bunga Laurel  daripada serangan lanun Somalia yang berlaku di Teluk Aden pada tahun 2011

9. Last, paparan terhadap misi  hebat anggota Paskal  yang terlibat di  dalam Misi  Pengaman Pertubuhan Bangsa­-Bangsa Bersatu (PBB) di  Angola pada tahun 1998 pasti bakal  membuatkan jiwa anda tersentuh dan silap­-silap boleh membuatkan air mata anda bercucuran gugur melihatkan babak­babak yang menyedihkan itu.

Cukuplah 9 sebab kami kongsikan untuk anda fikir balik tentang kualiti filem tempatan sekarang. Jika anda belum lagi tonton kami sarankan untuk anda melihat sendiri bagaimana filem ini mampu membuatkan penonton dalam panggung berdiri tepuk tangan di akhir tayangan.

Rating kami beri untuk Filem PASKAL The Movie 9/10