Akibat Kerakusan Manusia, Tasik Chini Bakal Hilang 'Title' Tapak Biosfera Unesco

GAYA HIDUP
July 25, 2022 - 04:18 PM


Tasik Chini adalah yang pertama daripada hanya tiga tapak biosfera Malaysia yang menerima pengiktirafan daripada UNESCO. Baru-baru ini, UNESCO telah mengumumkan mengenai penarikan status Tasik Chini sebagai Rizab Biosfera.

Tasik Chini tidak lagi memenuhi kriteria untuk menjadi sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia. Terdapat banyak faktor utama yang menyebabkan kriteria tidak dipenuhi, antaranya adalah pembukaan semula beberapa bekas tapak perlombongan di kawasan titik kecerenunan tinggi yang memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

Malah, penukaran menggunakan tanah daripada ladang getah dan kawasan hutan kepada ladang kelapa sawit turut menjadi punca utama penarikan kepada status tersebut. Untuk pengetahuan anda, Tasik Chini awalnya dipilih untuk dijalankan penyelidikan kerana keunikan tasik tersebut dikelilingi pelbagai alam semulajadi.

Isu penarikan status Tasik Chini ini telah menarik perhatian ramai orang dan netizen meluahkan rasa kecewa kerana khazanah ini tidak dijaga dengan baik oleh pihak bertanggungjawab. Mana tidaknya, bukan mudah untuk mendapatkan status UNESCO tetapi kini terpaksa kehilangan status tersebut.

Malah, para netizen dan juga aktivis alam sekitar turut menghentam pihak bertanggungjawab yang tidak menjalankan amanah mereka untuk mempertahankan Tasik Chini ini. 

Destination: