"Aku Syak Auntie Ni Tak Sihat" - Terkejut Dapat Tip Banyak, Rider Makanan Pulangkan Semula RM500 Kepada Pelanggan
GAYA HIDUPBukan benda pelik untuk pelanggan memberi tip kepada penghantar makanan lagi-lagi jika penghantaran dilakukan dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.
Terbaru, seorang penghantar makanan telah bertindak untuk menolak pemberian tip yang diberi pelanggan kepadanya.
Menerusi sebuah hantaran di media sosial, penghantar makanan tersebut menceritakan pengalamannya menerima tip yang banyak walaupun makanan yang dihantar sudah dibayar.
Menurut rider tersebut, wanita tersebut memberi wang bagi membayar makanan yang dipesan anaknya.
Walau bagaimanapun, rider tersebut telah menjelaskan bahawa bayaran bagi pesanan tersebut telah dibuat anaknya.
— Pedoq, what is this behaviour? (@pedoqpop) July 9, 2024
“Kau orang dapat tip paling banyak berapa? Aku, RM500. Kisahnya aku menghantar satu pesanan, yang pesan anak dia. Lepas bagi makanan, mak cik tu hulur tip. Aku ingat RM2 ke RM3 sekali RM500.
“Aku tanya dia (pelanggan), duit ni untuk apa? Dia jawab untuk bayar makanan. Aku cakap makanan dah bayar, lepas tu dia buat tak layan dan terus masuk rumah.
“Jadi aku syak mak cik ini dah tak sihat, ingat-ingat lupa. Sekian nukilan saya,” kongsinya di media sosial GrabFood Rider Malaysia.
Terkejut menerima duit sebanyak itu, rider tersebut terus menghantar mesej kepada anak wanita itu dan menyertakan bukti dia sudah pulangkan wang tersebut.
"Saya sudah letak dalam peti surat.. Nanti amik," katanya.
Sumber: X