Apple Buat U-Turn, iPhone SE Bakal Dijual Semula

GAYA HIDUP
January 25, 2019 - 03:32 PM


Penghentian produk sebenarnya bukanlah perkara yang asing dalam dunia perniagaan. Adakalanya ia untuk mengurangkan kos, kadang-kadang sebab sudah tak relevan dan mungkin disebabkan dah tiada permintaan.

Apple merupakan salah sebuah pengeluar yang telah menamatkan beberapa produk mereka yang tidak relevan. Kalau korang ingat, selepas pelancaran iPhone XS dan XR, Apple telah menghentikan penjualan iPhone X, iPhone SE dan juga iPhone 6s.

Nampaknya, Apple turut melakukan u-turn apabila mengumumkan penjualan semula iPhone X dan terbaru model iPhone XE juga diumumkan bakal dijual semula. Kami merasakan, ini mungkin disebabkan harga model-model terkini terlalu mahal. Kami rasa-lah.

ARTIKEL BERKAITAN : Apple Anjurkan Cabaran ‘Shot On iPhone’ Sekali Lagi

Penjualan semula iPhone SE adalah langkah yang bijak sebabnya ia masih releven untuk digunakan. Contoh, korang nak smartphone yang ada headphone jack; dikuasakan dengan iOS dan skrin yang tak terlalu ‘bagak’. iPhone SE adalah calon yang paling ideal.

Dalam masa yang sama, Apple menyedari yang penjualan iPhone agak perlahan sejak akhir-akhir ini. Ini mungkin jugak sebab utama kenapa Apple membuat keputusan untuk jual semula model lama ini.

Tidak pasti sama ada Apple bakal menjualnya untuk pasaran Malaysia, tetapi iPhone SE dah mula ditawarkan kembali di Amerika Syarikat dengan harga USD249 (RM1030).

Harapnya, harga pun diturunkan lah. Hehehe.