Asyik Masak Sejak Musim PKP Sampai Dapur Gas Rosak & Pening Kepala Cari Baru Yang Sesuai Dengan Lubang Kitchen Top Anda? Jangan Risau, Dengan Rinnai Flexi Hob, Semua Masalah Settle!

GAYA HIDUP
October 02, 2021 - 11:00 AM


Tiada siapa menyangka sudah hampir 2 tahun sebenarnya kita semua terkurung di rumah akibat penularan pandemik Covid-19 yang telah menyerang seluruh dunia, termasuk Malaysia!

Kebanyakan daripada kita telah lali menjalani semua rutin kehidupan hanya dari rumah sama ada kerja, kelas, mesyuarat, perniagaan dan aktiviti harian semuanya dilakukan secara online.

Bila 24 jam bersama semua ahli keluarga terperuk di rumah, pastinya dapur menjadi salah satu tempat yang paling sibuk setiap hari dengan aktiviti masak-memasak yang seakan tiada hentinya, dari pagi membawa ke malam hari.

Malah tak kurang hebat juga bagi golongan isteri dan ibu yang mempunyai lebihan masa bagi mencuba pelbagai resepi-resepi baharu yang ditonton di YouTube, TikTok ataupun Facebook.

Jadi, tidak hairanlah sekiranya ada rumah yang mengalami masalah dapur gas mereka tiba-tiba sahaja rosak akibat terlalu kerap digunakan, hampir 24 jam setiap hari selama hampir 2 tahun kebelakangan ini.

Bila dapur gas rosak, perkara paling pening dan merisaukan adalah memilih dapur gas baru yang sesuai mengikut ukuran lubang kitchen top kita.

Ini kerana kebanyakan dapur gas di pasaran mempunyai saiz berlainan yang mungkin tidak padan dengan saiz ukuran kabinet dapur asal anda. Jika tidak menepati spesifikasi, nampak cacat dan tak lawa lah pemandangan dapur kita nanti.

Tapi anda jangan risau...ini kerana RINNAI yang juga jenama peralatan dapur nombor 1 di Jepun, dengan pengalaman lebih 100 tahun dalam pembangunan teknologi dapur gas ada penyelesaian terbaik!

Dengan "Rinnai Flexi Hob", anda dah tak perlu pening kepala memikirkan masalah tak muat atau dapur gas terlalu kecil untuk lubang kitchen top anda.

Istimewanya Rinnai Flexi Hob ini ialah ia didatangkan dengan pelbagai kriteria yang menepati semua keperluan anda untuk pengalaman memasak yang mudah, selamat dan sempurna bagi seisi keluarga:-

1) MEMPUNYAI UKURAN YANG FLEKSIBEL

Ini merupakan ciri paling istimewa dan jarang didapati oleh mana-mana dapur gas jenama lain yang ada di pasaran Malaysia. Bertepatan dengan namanya Rinnai Flexi Hob hadir dengan ciri unik ini yang mempunyai ukuran potongan fleksibel, sesuai dengan kebanyakan saiz lubang kabinet dapur di rumah anda, tanpa perlu mengubahsuai kabinet sedia ada.

Jika kabinet dapur anda memiliki dimensi dalam lingkungan ukuran yang dinyatakan seperti gambar di atas, maka Rinnai Flexi Hob semestinya pilihan yang tepat untuk muat, tanpa sebarang masalah.

Ini kerana kesemua ukuran potongan Rinnai Flexi Hob sememangnya dicipta dengan saiz yang fleksibel serta universal bagi memastikan pengguna tidak perlu bersusah-payah sehingga perlu menukar lubang kabinet dapur atau membuatkan dapur anda seakan 'tidak bernyawa'.

Jadi dengan dapur gas Rinnai, masalah utama yang biasa dihadapi dalam pencarian dapur gas mampu diselesaikan dengan Rinnai Flexi Hob yang mempunyai 3 jenis model berbeza seperti gambar di bawah ini:

2) PEMBAKAR TUNGKU BERGANDA

Ciri istimewa yang kedua ini pasti digemari oleh golongan ibu yang ingin memasak dengan cepat tetapi tidak sampai hangus masakan di atas dapur. Rinnai Flexi Hob juga dilengkapi dengan pembakar tungku berganda yang mempunyai beberapa tetapan nyalaan serta kawalan api perlahan untuk memudahkan proses mereneh. Malah, ianya juga mempunyai 4.5kW input gas.

3) DILENGKAPI ALAT KESELAMATAN

Bila menggunakan dapur gas, aspek keselamatan perlu sentiasa dititikberatkan. Dengan Rinnai Flexi Hob anda tidak perlu khuatir kerana ia dilengkapi dengan alat keselamatan canggih.

Apabila pembakar dipadamkan secara tidak sengaja atau kuah melimpah dan berlaku tumpahan, termostat akan terus bertindak balas serta segera mematikan bekalan gas ke pembakar bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

4) PEMBAKAR BERTUTUP

Ini satu lagi kelebihan yang ada pada Rinnai Flexi Hob iaitu ia dilengkapi dengan pembakar bertutup atau 'sealed burner' bagi memudahkan proses pembersihan tanpa perlu bimbang ada sebarang tumpahan ke bahagian dalam dapur gas.

Malah dapur gas ini juga dilitupi dengan permukaan kaca termampat yang mudah untuk dibersihkan daripada sebarang kotoran memandangkan bahagian pembakar dan penyokong kualinya mudah dikeluarkan dan dimasukkan semula.

5) TIDAK PERLU GUNA ALAT PERLINDUNGAN ANGIN

Jika menggunakan dapur gas biasa, kebanyakan pengguna sering memakai alat perlindungan angin atau 'gas hob windshield' bagi mengelakkan api terpadam. Namun tahukah anda bahawa sebenarnya alat tersebut mempunyai beberapa kesan negatif :-

-  Haba akan terperangkap di dalam pelindung dan menyebabkan suhu meningkat melebihi daya tahan kaca dapur yang sekaligus boleh mengakibatkan gentian kaca dapur retak atau pecah.

-  Melindungi oksigen yang diperlukan untuk pembakaran yang betul, jadi jika terlalu sedikit oksigen boleh menyebabkan nyalaan kuning serta menghitamkan bahagian bawah periuk dan kuali anda.

-  Gas yang terperangkap boleh menyebabkan penghasilan karbon monoksida yang tidak baik untuk kesihatan.

PROMOSI DISKAUN ANTARA 15-20% 

Best, kan kesemua ciri istimewa yang ada pada Rinnai Flexi Hob ini. Selain memiliki reka bentuk yang kemas dan moden -- ia juga diperbuat daripada bahan berkualiti tinggi yang pasti membuatkan pengalaman memasak anda di dapur lebih menyeronokkan!

Tapi ada lagi berita yang pasti membuatkan anda lebih teruja! Sekarang ini Rinnai sedang mengadakan Promo Merdeka sehingga 31 Oktober 2021 dengan tawaran diskaun antara 15-20%!

Bukan itu sahaja, malah Rinnai turut memberikan jaminan pembelian selama 2 tahun + 5 tahun waranti gas valve & 10 tahun waranti glass top. Menarik, kan?! 

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Rinnai Flexi Hob dan promosi Merdeka itu, anda boleh layari https://www.rinnai.com.my/flexi-hob-series/

Bukan itu sahaja, malah anda juga boleh membelinya secara online di Shopee & Lazada menerusi link ini:

Lazada: http://bit.ly/flexi-hob-lazada
Shopee: http://bit.ly/flexi-hob-shopee

Selamat memasak dengan dapur gas baru!