Banjir Besar Bakal Serang Negara Dalam Masa 3 Hari!
GAYA HIDUPBanjir besar berkemungkinan boleh berlaku dalam tempoh beberapa hari ini susulan fenomena luruan monsun dan dirangsang oleh fenomena La Nina dan negatif Indian Ocean Dipole (IOD) yang masih aktif melanda negara.
RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) December 13, 2022
Masa dikeluarkan: 2:00 petang
Tarikh: 13 Disember 2022#RamalanCuacaSignifikan pic.twitter.com/Y9oIxd3kkj
Pakar Meteorologi di Pusat Penyelidikan Antartika Kebangsaan, Profesor Datuk Dr Azizan Abu Samah berkata, luruan monsun yang menghasilkan angin kencang di Laut China Selatan selain fenomena La Nina dan negatif IOD menyebabkan peningkatan hujan sehingga membawa kepada berlakunya kejadian banjir terutama di Pantai Timur.
Ujarnya, ramalan dari model global seperti di Nullschool.net meramal hujan lebat berterusan sehingga tengah malam Selasa.
"Dalam tempoh tiga hari ini kemungkinan berlaku banjir besar. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk sehingga Isnin di negeri Kelantan dan Terengganu.