Banyak Betul Kontroversi Lagu Raya Tahun Ni, Jom Dengar 26 Lagu Baru Tahun 2022!

GAYA HIDUP
April 26, 2022 - 02:34 PM


Sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lengkap rasanya tanpa dendangan lagu-lagu raya yang berkumandang di corong-corong radio dan sekaligus membangkitkan kemeriahan serta mood untuk kita berhari raya.

Setiap tahun, pasti ada sahaja penyanyi yang hadir menghadiahkan lagu raya terbaharu buat peminat mereka.

Meskipun ramai yang masih menggemari lagu-lagu raya nostalgia lama yang evergreen, namun lagu raya generasi baharu juga tidak kurang hebatnya untuk dijadikan sebagai halwa telinga ketika memandu pulang ke kampung berhari raya.

Tetapi belum pun tiba Hari Raya, lagu-lagu raya tahun 2022 kali ini telah dahulu mencipta pelbagai viral dan kontroversi, antaranya klip video usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman yang diiringi watak penari yang jauh daripada adab ketimuran dan ajaran Islam.

Kemudian, timbul pula klip lagu raya penyanyi nombor satu negara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Lip Lap Raya yang didakwa meniru sebijik video klip penyanyi antarabangsa Adele iaitu 'Oh My God'.

Dan terbaharu klip lagu raya Aina Abdul yang sememangnya terkenal dengan jolokan 'Lady Gaga Malaysia' telah kelihatan berani dan unik dalam menggayakan beberapa busana seakan ketupat, pelita, serunding serta duit raya.

Berikut dikongsikan 26 lagu raya masa kini yang diterbitkan bagi memeriahkan kehadiran lebaran tahun 2022 Jom check it out!

Senarai Lagu Raya Baru Tahun 2022

1. Zapin Lebaran - Ernie Zakri 

2. Erti Lebaran - Syamel

3. Raya Terbaik - Dayang Nurfaizah, Hanna Delisha dan Sophia Liana

4. Lip Lap Raya - Dato' Sri Siti Nurhaliza

5. Kelepok Raya - Dato Sri Aliff Syukri & Datin Sri Shahida 

6. Gema Raya - Aina Abdul

7. Riang Ria Aidilfitri - RUSA & MVM Artists

8. Raya Kita Raya - Lagu Tema Rocketfuel

9. Seikhlas Hati - SOG X Shila Amzah 

10. Pelukan Aidilfitri - Ajak, Fizi Ali, Suraya, Cik Piah, Tyzo, DJ Lin dan Anna J.

11. Rancak Raya - Yazmin, Khai Bahar, Izzue Islam, Fatia dan Razman Syah 

12. Hari Raya Kini Dah Kembali - MASDO feat Bunga

13. Watsons Gaya Raya Luar Biasa - Ayda Jebat dan Dolla

14. Lebaran Dinanti - On Air Pipol

15. Jom Balik Raya - Qody Rany & Sa.Ya

16. Suara Lebaran Kita - Hael Husaini & Dolla

17. Raya Dah Tiba - Syameer Azmi, Danial Kifli & Heedan Mohd

18. Sambutlah Hari Raya - Aiman Tino 

19. Meriahnya Lebaran - Apak, Beby Acha, Pak Azad, Masmona, Jia Hui

20. Gadys Raya - The Gadys 

21. Balik Kampung - Apak, Pak Azad, Atai, Chombi, Mizan, Han, Damia, Along Thai

22. Nostalgia Raya - Yunadia dan Hasif Upin

23. Lebaran Aidilfitri - Queenzy Cheng 

24. Hari Raya Untuk Semua - Fieya Julia

25. Jang Raya - Superlaki 2022 dan Adik Puteri Rayyana Rayqa

26. Adakah Ini Raya - Reedzwann 

Destination: