Banyak Rupanya Jenis Beg Untuk Lelaki, Ada 5 Kesemuanya!

GAYA HIDUP
May 24, 2019 - 05:09 PM


Semakin hari, semakin ramai lelaki yang mula ‘berani’ menggayakan sesetengah beg yang diluar norma lelaki yang kebanyakan dan kebiasaannya menggunakan beg sandang sahaja.

Mungkin disebabkan trend semasa dan perkembangan fesyen, ramai antara lelaki yang mula menjinjing beg yang mempunyai pelbagai fungsi selain sedap untuk dipandang. 

Berikut adalah jenis-jenis beg yang patut dimiliki oleh para lelaki;

#1. Clutch

Clutch ni boleh diibaratkan macam ‘handbag’ perempuan kepada lelaki. Sebabnya, klac akan digenggam atau dikepit dan bersaiz kecil (besar sedikit daripada wallet).

Cuba check barang yang ada dalam clutch seorang lelaki, mesti korang akan jumpa macam-macam barangan peribadi yang penting tetapi agak ‘menyemakkan’ kalau diletak dalam poket. Contohnya, kunci kereta, vape, handphone dan macam-macam lagi.

 

#2. Beg Travel Beroda

Kalau nakkan kelaian atau nampak lebih manly, pilihlah beg beroda yang diperbuat daripada kulit. Selain mudah untuk dibawa kemana-mana, beg jenis beroda ini kebiasaannya ringan dan tidak membebankan tulang belakang, jika nak dibandingkan dengan bawa begpack.

 

#3. Beg Bimbit Kulit

Beg bimbit atau briefcase ni adalah penyelesaian kepada masalah kalau ruangan clutch tidak mencukupi. Ia lebih besar dan lebih selesa untuk dipegang dengan tangan.

Selain barang-barang peribadi, kalau korang terdiri daripada golongan professional, memang sesuai pakai beg bimbit ni. Boleh letak dokumen, laptop dan lain-lain.

 

#4. Beg Hujung Minggu

Beg jenis ni biasanya digunakan kalau-kalau kita ada short getaway sabtu-ahad atau business trip yang tidak terlalu lama. Selain tidak terlalu besar, beg jenis ini agak ringan dan boleh dijadikan pelengkap gaya.

 

#5. Beg Gim

Sekiranya korang ni seorang yang aktif bersukan ataupun aktif di gym, beg gim ini adalah yang terbaik untuk korang. Kalau nak diikutkan, ianya sama dengan beg hujung minggu, cuma ia akan kelihatan lebih ‘sporty’.

Biasanya, untuk beg gim cari yang diperbuat daripada material yang tidak meyerap untuk mengelakkan bau yang kurang menyenangkan. Hehe.

Jadi, dah tahu jenis-jenis beg yang lelaki patut ada, korang cuba tengok balik, korang ada tak beg yang dinyatakan? Tak perlu nak ada semua, tapi kalau ada satu atau dua jenis pun dah okay. Tidaklah pakai beg yang sama je. Bosan!