Berbaloi Atau Tidak Menggunakan Korail Pass Di Korea Selatan?

GAYA HIDUP
September 11, 2019 - 12:39 PM


Annyeonghaseyo! Selamat datang ke Korea Selatan, inilah ungkapan yang korang akan dengar baik di lapangan terbang, kedai – kedai mahupun dimana – mana pelusuk Korea.

Sekiranya anda bercadang hendak ke sana, bolehlah belajar beberapa ayat mudah ataupun perkataan mudah, misalnya nak tanya kedai ke, tandas ke dan sebagainya.

Selain belajar bahasa yang ‘simple-simple’, korang boleh jugak belajar atau kaji pengangkutan yang ada di kawasan tempat tinggal korang disana nanti. Bukan apa, kalau tersalah naik, berkemungkinan korang akan rugi, tersesat dan sebagainya.

Kita sedia maklum yang negara Korea memang canggih bab pengangkutan awam ni, lebih-lebih lagi kereta api.

Kereta api di Korea dikelaskan mengikut kelajuan dan kemudahan yang ditawarkan. Jenis kereta api yang ada di Korea adalah kereta api ekspress KTX / KTX  - Sancheon, kereta api biasa ITX – Saemaeul dan Mugunghwa dan keretapi pelancong KORAIL.

Apa Itu Korail Pass ?

Sama seperti pass perjalanan di Eurail mahupun Japan JR Pass, Korail Pass ini membolehkan pelancong yang ke Korea untuk menaiki hampir kesemua perkhidmatan kereta api yang dikendalikan oleh KORAIL. Kalau nak disamakan, KORAIL ni ala – ala Rapid lah dekat KL.

Pass Korail ini menariknya ada berikan diskaun kepada hotel tertentu dan diskaun untuk melawat tempat tarikan seperti Muzium Korea, Seoul Land dan Shinsegae Duty-Free Store.

 

Nak Pilih Yang Mana Satu?

Korail pass ini korang kena faham yang dia ada dua versi iaitu pass berturut dan pass feksible. Untuk yang berturut (consercutive) ni, dia sah digunakan untuk 3 hari atau 5 hari berturut daripada kalai pertama korang gunakan.

Jadi katalah korang beli hari selasa, tapi mula gunakan hari Khamis, jadi korang boleh gunakan 3 atau 5 hari berturut dari Khamis tu. Untuk yang selected atau fleksible tu, korang boleh pilih sendiri mana – mana 2 atau 4 hari dalam masa 10 hari dari tarikh korang start gunakan pass tersebut.

Korail Boleh Digunakan Di Mana?

Korail pass membolehkan korang untuk menggunakan ‘line’ berikut :

  • KTX-Sancheon
  • ITX-Samaeul
  • ITX-CheongChun
  • Samaeul
  • Mugunghwa
  • Nuriro
  • O-train
  • V-Train
  • S-train
  • DMZ-train
  • A-train
  • Westgold-train

Kalau ikut peta; macam ni lah...

 

Harga Korail Pass

Untuk harga, korang boleh rujuk dekat bawah ni ye. Ini berdasarkan apa yang website tourism diorang, website Korail masa kami buat article ni tak respond pulak. 

p/s : Kalau korang bercadang nak ke kawasan Busan atau iteneri korang banyak menggunakan KTX, elok sesangat amik Korail Pass ni.

Sumber : Korea Tourism