Biarpun Beragama Kristian, Juara Pencak Silat Dunia Nekad Bertudung Demi Mengangkat Martabat Seni Silat Melayu

GAYA HIDUP
August 08, 2022 - 02:58 PM


Pesilat negara, Merrywati Manuil menjawab persoalan ramai pihak mengapa memakai tudung pada penampilannya di Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 dekat Ayer Keroh bulan lalu sedangkan dirinya adalah beragama Kristian.

Merrywati yang memenangi pingat emas pada kejohanan itu bagi Kategori Solo Kreatif Wanita sekali gus memegang status juara dunia menjelaskan tindakannya itu adalah bagi menghormati seni silat warisan orang Melayu.

Jelas pesilat berasal dari Sabah itu, tiada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak yang meminta dirinya untuk memakai tudung.

"Semestinya tiada paksaan dari mana-mana pihak. Saya belajar ilmu orang Melayu sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari.

"Semoga persoalan berkaitan memakai tudung ini terjawab. Aihh jangan serius bah kita kita juga baini. Kalau orang Melayu ada Mat Kilau, saya orang Murut ada Aki Antanom," katanya merujuk kepada wira tempatan itu yang memimpin orang Murut untuk menentang Syarikat Borneo Utara British (SBUB) satu ketika dahulu.

Destination: