BN Sepakat Kekal Sebagai Pembangkang, Tidak Bergabung Untuk Bentuk Kerajaan
GAYA HIDUPNovember 22, 2022 - 02:23 PM
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu hantaran di akaun Twitter rasminya pada Selasa memberitahu, BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).
Alhamdulillah, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.
— Ismail Sabri (@IsmailSabri60) November 22, 2022
BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN).
Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang.
Nampak gayanya, kita masih harus menunggu untuk mengetahui siapa bakal perdana menteri kita...
Destination: