Budaya 'Rage' Di Konsert Travis Scott, Meragut 8 Nyawa Dan Beratus Cedera

GAYA HIDUP
November 08, 2021 - 11:34 AM


Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan yang lain cedera setelah dihempap oleh orang ramai yang hadir ke Astroworld Festival. Difahamkan bahawa mangsa yang dihempap berusia di antara 14, 16, 21 (2 orang), 23 (2 orang), 27 dan seorang mangsa masih tidak diketahui. Manakala 25 orang telah dihantar ke hospital dan di antara mereka, 13 masih berada di hospital, lapor Datuk Bandar Houston Sylvester Turner dalam sidang akhbar petang Sabtu.

“Terdapat banyak soalan yang tidak dijawab, ” kata Turner. “Dalam beberapa hari akan datang, beberapa minggu, mungkin lebih lama lagi, kami akan melihat secara mendalam semua yang berlaku, mengapa ia berlaku, apakah langkah yang boleh kami lakukan untuk mengurangkan insiden seperti ini daripada berlaku.”

Kira-kira 50,000 orang hadir ke festival muzik Houstan dan kejadian dihempap tersebut bermula sejurus selepas jam 9 malam. Melalui video semasa acara itu berlangsung, Travis Scott yang semasa itu sedang beraksi di atas pentas berhenti dan melihat dalam keadaan terpinga-pinga ketika ambulans hadir di antara kepadatan lautan manusia.

“Sebaik sahaja (Scott) bermula, kawasan jadi terbuka,” kata penonton konsert Alexis Guavin berumur 23 tahun mengulas mengenai kejadian dihempap, kepada CNN. “50,000 orang berlari ke hadapan, memampatkan semua orang hingga udara jadi sesak.” Guavin menambah terdapat “bulatan mosh di setiap arah.”

Gerardo Abad Garcia, berumur 25 tahun berkata kepada La Times dia melihat orang melompat pagar masuk ke konsert. “Ada beberapa orang yang berada di luar kawalan, ‘Saya di sini untuk mosh, saya di sini untuk menumbuk,'” katanya sambil menggambarkan tingkah laku orang lain.

Manakala T.J. Yalda, berusia 32 tahun berkata, “Ia biasa terjadi. Terdapat terlalu ramai kanak-kanak,” kata Yalda sambil berdiri di tempat letak kereta bersama kumpulannya yang lain. “Ia seperti bermain dengan api,” katanya sambil menceritakan pengalaman di salah satu mosh pit, seorang pemuda memukul mukanya dan pecahkan bibirnya, kata Yalda.

Festival ini, yang dianjurkan oleh penyanyi rap kelahiran Houston, Travis dijadualkan berlangsung dari Jumaat hingga Sabtu. Bagaimanapun, pihak penganjur berkata konsert malam kedua yang dirancang untuk hari ini akan dibatalkan. Festival ini dijadualkan menampilkan artis termasuk SZA, Bad Bunny dan 21 Savage.

Destination: