Comment Control Daripada Intagram Ini Adalah Idea Yang Paling Bernas!

GAYA HIDUP
September 28, 2017 - 12:34 PM


Siapa ada Instagram? Kalau ada, mesti korang pernah nampak comment macam ‘visit my ig’, ‘nak kurus’, ‘nak tinggi’ dan sebagainya… Kadang-kadang rasa semak, kadang kadang terasa kena perli pun ada… hihihi…

Tapi, kalau ikutkan, itu takde la seserious komen yang berbentuk kecaman. Atau dalam Bahasa mudahnya haters la… Memang haters ni jenis yang suka kecam lah kan. Nama pun haters. Kalau dekat Malaysia ni, memang dah macam trend lah sekarang ni. Salah sikit, ada je nak kecam.

Ini dah masuk kategori cyber bully tau!

Tengok sendiri hate comment dekat insta Awal ni... 

Menyedari tentang perkara ini, pihak Instagram sentiasa cuba untuk mengekalkan keharmonian aplikasi mereka dan mereka melakukan pelbagai perubahan supaya dapat meningkatkan keselesaan pengguna. Jadi, pengguna takde lah uninstall dan delete akaun mereka pulak.

Kalau sebelum ni, Instagram lancarkan ciri comment berbentuk ‘thread’ yang mana kita boleh comment/ reply dekat bawah satu satu comment. Kali ini Instagram telah menambah lagi satu tools dan program yang mana menjadikan Instagram ni lebih selamat dan positif.

Dengan 800 juta pengguna dan lebih daripada 500 juta penguna setiap hari, ini membuatkan mereka meletakkan priority tinggi dalam mengukuhkan dan mengekalkan keharmonian dan keselamatan para pengguna.

Feature comment control yang diperkenalkan ini membolehkan anda pilih siapa yang anda benarkan untuk tinggalkan komen di setiap post. Sejak Jun lagi, sebenarnya Instagram telah adakan filter dimana kita boleh sekat terus komen yang berbaur offensive. Walaupun terdapat dalam hanya beberapa jenis bahasa yang boleh ditapis setakat ini. Namun, dengan adanya filter ini, setidak-tidaknya kita dapat mengurangkan haters comment di ruangan insta kita.

 

p/s : harap cepat sikit Insta sediakan untuk Bahasa Malaysia. Makin lama makin ramai budak wechat dalam Instagram ni… hehehe

 

Sumber : Instagram