Orang Lain Book Tiket Flight, Pasangan Selebriti Ni Terus Tempah Helikopter Untuk Bercuti. Memang 'Next Level' Betul!

GAYA HIDUP
October 14, 2021 - 12:35 PM


Selepas Kerajaan membuat pengumuman kebenaran rentas negeri, pasti ramai ibu bapa yang sibuk membuat tempahan percutian untuk membawa anak-anak bercuti setelah sekian lama terkurung di rumah.

Tak terkecuali adalah pasangan selebriti popular, Hairul Azrin dan Hanis Zalikha.

Namun di saat ibu bapa lainnya memilih untuk menempah tiket penerbangan ke destinasi percutian pilihan, pasangan muda itu membuat satu keputusan yang bukan biasa-biasa atau disebut netizen 'another next level' apabila mereka dilihat menempah khas sebuah helikopter peribadi buat kedua-dua anaknya iaitu Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah.

Tempahan khas itu semuanya dibuat demi memastikan tahap keselamatan kedua-dua anak mereka dan pastinya bagi mengelakkan kesesakan ketika di lapangan terbang.

Walaupun percutian Hanis dan Hairul ini dianggap kayangan dan ‘next level’ oleh peminatnya, namun tindakan kedua pasangan ini turut sama dipuji.

“Holiday with my family after long time. From KL to Island,” tulis Hairul ringkas.

Malah kata pelakon filem Paskal itu juga, percutian ini juga merupakan percutian yang pertama buat anak keduanya, Alisa setelah ‘berkurung’ lama akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Alisa first time holiday..haha baby MCO,” tulisnya lagi di ruangan komen.

Tidak hanya Hairul, bahkan menerusi Hanis turut memuat naik rakaman video dua anak mereka di akaun Instagram miliknya perjalanan ke pulau sebelum menikmati percutian penuh keindahan itu.

Malah melalui Insta Story pasangan itu turut sama memuat naik beberapa momen mereka ketika berada di dalam helikopter dan sebaik sampai di pulau.

Tidak terkecuali gelagat si comel Alisa yang seakan ‘cuak’ dan tertidur sepanjang perjalanan.

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen, biarpun ada yang mengatakan ianya sebagai percutian kayangan namun ada juga peminat yang turut sama memuji tindakan kedua pasangan ini.

“Bukan kayangan tapi keselamatan anak-anak”

“Tu dia geng kayangan bestnya. Tahniah, tidak ada kuman campur-campur orang lain.”

“Bukan kayangan, tapi keselamatan anak-anak. Musim COVID-19 nih. Duit boleh dicari, nyawa dan kesihatan kena jaga. Good job.”

“Kalau saya ada duit banyak saya pun akan buat benda yang sama untuk keluarga sebab membahagiakan terutama isteri rezeki lebih mencurah-curah.”

“Next level betul”

Sumber: Awani

Destination: