Curi Duit Masjid Untuk Membeli Dadah Dan Berjudi: Polis
TERKINIBaru-baru ini tular di media sosial apabila sekumpulan orang masjid memandikan seorang remaja seperti mayat kerana disyaki mencuri tabung masjid. Perkara tersebut direkod oleh salah seorang yang turut berada pada waktu itu dan menyebabkan video itu tular sehingga mendapat pelbagai reaksi netizen.
Namun, persoalan tentang kenapa remaja tersebut mencuri tabung tersebut terjawab apabila Polis menafikan dakwaan tindakan seorang remaja yang tular kerana mencuri dana tabung masjid untuk membeli ubat datuknya, sebaliknya adalah bagi kegunaan membeli dadah.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, siasatan polis mendapati remaja berusia 19 tahun itu mencuri duit tabung untuk membeli dadah dan bermain judi dalam talian.
"Soal siasat kami dapati dia mencuri untuk beli dadah dan untuk bermain judi online di telefon bimbit, bukannya untuk beli ubat datuknya seperti mana dakwaan yang tular di media sosial.
"Ujian saringan air kencingnya juga didapati positif dadah jenis syabu," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Katanya, berdasarkan pengakuan remaja terbabit, dia telah terjebak dalam penagihan dadah sejak kira-kira setahun.
Pada Khamis, remaja yang videonya tular dalam media sosial kerana dimandikan seperti 'jenazah'akibat cuba mencuri tabung masjid, dikenakan hukuman penjara 10 hari dan didenda RM4,000
Sumber: sinar harian