Death Whisper – Penuh Dengan Elemen Kejutan, Kisah Pengakhiran Seram Pelajar Sekolah

GAYA HIDUP
August 27, 2019 - 11:52 AM


Death Whisper, filem remake versi Indonesia dari filem seram Korea, Whispering Corridors yang popular pada tahun 1998 ini ternyata mempunyai kekuatan dan kelebihannya yang tersendiri.

Mengisahkan dua pelajar baru, Alex dan Maggi yang diterima masuk ke sebuah sekolah tinggi yang eksklusif serta berprofil tinggi iaitu Abdi Bangsa.

Disebabkan di Abdi Bangsa mempunyai budaya ‘seniority’, jadi pelajar senior mengambil kesempatan untuk membuli kesemua pelajar baru termasuklah Alex dan Maggi.

Nak dijadikan cerita, Andre, Erika dan Fahri (pelajar senior) telah memanggil Alex dan telah meminta beliau melakukan ritual memanggil roh mereka yang telah meninggal kerana bapanya mempunyai kebolehan yang sama.

Mulai dari ritual ini, perkara-perkara seram mulai menghantui Abdi Bangsa.

Konflik

Konflik utama atau mesej yang nak dibawakan dalam filem ini sangat jelas iaitu kejadian buli di sekolah dan impaknya terhadap psikologi, fizikal serta mental mangsa.

Sarat Dengan Elemen Kejutan

Seperti biasa, filem bergenre seram ini kebiasannnya tidak lari daripada element kejutan dan saspen. Jadi, kalau korang nak ke panggung wayang nanti, bersedialah untuk terkejut dan menjerit ye.

Selain elemen kejutan itu, apa yang kami perasan adalah sound effect yang digunakan. Sangat memainkan peranan untuk membina mood penonton untuk menghayati ‘keseraman’ filem ini.

Bermula agak perlahan, namun filem ini menjadi semakin ‘rancak’ dan secara tidak langsung berjaya membuatkan penonton tertanya dan tertunggu apa yang bakal berlaku seterusnya. Memang tak senang duduk dibuatnya.

Kesimpulan :

Filem ini, boleh dikatakan berbaloi untuk ditengok dan sementara masih ditayangkan ni, apa kata korang pergilah tengok.

Sementara tu, layan lah dulu trailer ni ye~