'My Stupid Boss 2': Bos Paling Epik Bikin Gelak Pecah Perut!

GAYA HIDUP
August 30, 2019 - 08:32 PM


Berkesempatan menonton tayangan perdana filem komedi Indonesia-Malaysia, My Stupid Boss 2 di TGV One Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini sememangnya menjadi satu 'terapi percuma bagi mengurangkan stress'!

Mana taknya, dari awal hingga ke akhir filem itu dimainkan, panggung meriah dengan gelak ketawa penonton-penonton bertuah yang terhibur dengan lawak dan aksi epik Bossman yang dilakonkan oleh Reza Rahadian.

Walaupun segala kata-kata dan kelakuan Bossman itu rasanya sangat menjengkelkan kerana seakan tidak mempunyai perasaan dan sensitif terhadap keperluan para pekerja di perusahaannya, namun ia berjaya dilakonkan dengan sangat cemerlang oleh aktor Indonesia itu dengan bantuan pelakon lain seperti Bunga Citra Lestari, Alex Abad, Atikah Suhaime, Chew Kin Wah dan Iedil Putra.

Filem sekuel kedua My Stupid Boss yang diarahkan oleh Upi Avianto ini bermula dengan perangai aneh dan kedekut Bossman yang tidak mahu mengeluarkan modal bagi membeli mesin kayu baharu di kilangnya, yang sudah semakin uzur.

Masalah itu membuatkan ramai pekerja kilangnya meletakkan jawatan kerana tidak tahan dengan sikap kedekut bos mereka yang tak boleh dibawa bincang!

Dek kerana kekurangan staff, dah alang-alang Bossman dijemput menjadi salah seorang penerima anugerah Tokoh Usahawan di Vietnam, dia mengambil kesempatan itu untuk mencari pekerja yang lebih murah di negara tersebut.

Pemergian Bossman ke Vietnam ditemani oleh 3 pekerjanya yang masih setia iaitu Diana, Mr Kho dan Adrian.

Sepanjang di Vietnam mereka bertiga terpaksa makan hati, berdepan perangai pelik serta mulut celupar bos mereka yang akhirnya menimbulkan masalah hingga terpaksa diheret ke balai polis.

Sementara itu, 2 lagi pekerja Bossman iaitu Norashikin dan Azahari yang diminta menjaga pejabat mereka di Kuala Lumpur terpaksa berdepan masalah berbeza apabila diugut pula oleh 2 kumpulan Gangster yang datang membuat kecoh untuk mengutip hutang bos kedekut tersebut.

Sinematografi filem ini sangat memukau pandangan penonton kerana berjaya menonjolkan keindahan 3 destinasi pelancongan yang terkenal di Vietnam iaitu Hanoi, Ha Giang dan Ninh Binh.

Hanoi, Vietnam

Kalau nak tahu betapa cantiknya ketiga-tiga tempat ikonik ini dirakamkan terutama ketika rombongan Bossman menaiki bot menelusuri sungai di Lembah Ninh Binh, korang wajib pergi tengok My Stupid Boss 2 yang telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Ogos lepas.

Perkampungan Desa Ha Giang
Ninh Binh

Selamat bergelak ketawa sampai pecah perut ya!!! Hahaha....