Demi Pertahan Agama, Netizen Report TikTok Wanita Dakwa Diri "Nabi Wanita Pertama"

GAYA HIDUP
July 27, 2022 - 05:17 PM


Baru nak reda kes isu hina agama di negara kita, ada lagi satu kes yang bukan sahaja menggugat umat Islam di Malaysia bahkan seluruh dunia. Netizen Malaysia khususnya yang beragama Islam diseru, untuk mempertahankan agama dengan melaporkan satu akaun TikTok yang dibuat dengan tujuan menghina agama yang kita sayangi.

Akaun yang dimaksudkan adalah mariam.hadid1 di platform Tiktok. Secara terang-terangan wanita tersebut kongsi video yang sememangnya menghina seluruh umat Islam.

Jelas dalam beberapa video yang dikongsi, wanita yang dikenali sebagai Mariam Hadid ini ada memuat naik menunjukkan dirinya sedang ajuk solat sambil memakai kostum yang seksi.

Dalam pada itu, ada juga video yang menunjukkan dirinya seolah-olah sedang membaca al-quran sambil menggunakan kostum yang sama. Jelas kandungan dalam akaun tersebut merupakan satu provokasi yang melampau.

Destination: