Fuhh...Rumah Ibarat Resort Peranginan, Mana Nak Dapat Kalau Tak Di Alira Metropark Subang!

GAYA HIDUP
September 08, 2020 - 10:29 AM


Anda nak tak memiliki kediaman yang suasananya persis seperti anda sedang bercuti di sebuah resort peranginan?

Seronok, kan jika kita dapat membeli rumah yang bukan sahaja direka bentuk mengambil inspirasi lokasi pelancongan popular seperti di Melbourne, Australia iaitu Yarra River -- bahkan kesemua kemudahan serta fasiliti yang disediakan juga lengkap bak sebuah resort mewah!

Tetapi, ada ke pilihan rumah dekat Lembah Klang ni yang ala-ala resort peranginan macam tu?

Sudah pasti ada...jika anda memilih untuk membeli rumah di ALIRA METROPARK SUBANG!

Projek perumahan seluas 88 ekar itu yang dibangunkan oleh syarikat hartanah tempatan, MCT Berhad berkonsepkan kontemporari moden berstatus PEGANGAN BEBAS (FREEHOLD), selain dilengkapi dengan 33 jenis kemudahan serupa yang ditawarkan seperti di resort. 

Menariknya, jika membeli kediaman di Alira Metropark Subang ini anda juga boleh menghabiskan masa dengan melakukan aktiviti senaman atau beriadah bersama keluarga di taman hijau seluas 9.2 ekar dalam pembangunan Metrocity yang mengambil ilham daripada keindahan sungai di Yarra River, Melbourne.

Mengambil Inspirasi Daripada Yarra River, Melbourne

Dari segi lokasi, Alira Metropark Subang sangat strategik kerana mempunyai akses perkhidmatan pengangkutan yang dekat dengan Stesen KTM Batu Tiga, Lebuhraya Persekutuan, KESAS dan ELITE serta berjarak 7 kilometer sahaja untuk ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang.

Ia juga berhampiran dengan pusat membeli-belah seperti Empire Shopping Gallery, Subang Parade, Sunway Pyramid dan AEON Mall Shah Alam; pusat perubatan Subang Jaya Medical Centre (SJMC) serta pendidikan iaitu Management & Science University (MSU).

Malah, hanya 5 minit berjalan kaki sahaja untuk ke GEMS International School.

Anda jangan tak tahu, Alira Metropark Subang ini juga sangat sesuai untuk dijadikan sebagai aset pelaburan kerana ianya dekat (hanya sejauh 5-20 minit pemanduan) dengan syarikat multi-nasional terkenal seperti DIGI, Maxis, Panasonic dan FedEx yang semestinya menyediakan banyak peluang pekerjaan serta potensi sewaan.

Alira Metropark Subang menawarkan 2 jenis kediaman iaitu 'Serviced Residence' setinggi 31 tingkat dan 'Low Rise Villa' setinggi 6 tingkat.

Bagi serviced residence terdapat 2 fasa iaitu Tower A sebanyak 492 unit dan Tower B 344 unit, manakala villa mempunyai keseluruhan 25 unit yang masing-masing berkeluasan 1,048 meter persegi.

Paling teruja jika membeli kediaman di Alira ini anda bukan sahaja bakal memiliki rumah moden yang cantik dan dikelilingi pepohon hijau yang sangat mendamaikan, tetapi turut disertakan dengan lebih 33 kemudahan serta fasiliti ibarat sebuah resort pelancongan mewah yang merangkumi :-

- Gimnasium & Kolam Tanpa Rim

- Hanging Lounge Net & Jacuzzi

- Pool & Sleek Modern Cabana 

- SPA Pavilion

- Mini Teater Dengan Kawasan Rumput Hijau

- Sky Garden

- Organic Farm & Tea Garden 

-  Trek Jogging Berukuran Olimpik

- Modern Punching Bag & “Wing Chun” Wooden Dummy 

- Rooftop Facilities

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Alira Metropark Subang ini, anda boleh mengunjungi terus Galeri Jualan Alira yang dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 7 malam.

ALIRA SALES GALLERY

No. 57, Jalan USJ 10/1G, 47610 UEP Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.

NO TEL: +6011 1722 5553

WEBSITE: www.alira.my     

EMAIL: [email protected]    

FACEBOOK: Alira Metropark Subang

 

 

 

Destination: