Hanya Guna Smartphone Dan Mikroskop Untuk Kesan Barang Tiruan

GAYA HIDUP
September 06, 2017 - 12:29 PM


Sejak adanya pelbagai media social macam Facebook, Instagram dan lain – lain muncul ramai peniaga online yang mencari rezeki dengan menjual macam – macam produk. Tak lupa juga dengan website – website yang anda selalu browse masa lunch macam Lazada, Zalora dan macam – macam lagi.

Tak dapat dinafikan, rezeki itu masing-masing, tapi ada sesetengah peniaga ni tak jujur dengan menjual barang tiruan. Mungkin, ada yang cakap mana mampu nak beli yang ori. Kita beli copy ori je lah… Ok, yang itu… lain cerita… Bukan nak kata kami sokong, tidak. Sudah tentu menjual barang tiruan adalah salah disisi undang-undang.

Tetapi apa yang lagi salah ialah… bila peniaga itu jual barang tiruan dengan harga yang sama dengan Ori. Ataupun dia bagi diskaun sikit. Ini yang kita selalu hadapi. Disebabkan nak jimat, kita cari online seller, tapi akhirnya… kita ditipu. Barang yang dia jual tu sebenarnya bukan original.

Seperti yang kita maklum, nama – nama besar seperti LV, Prada, Gucci semuanya telah lama gunakan teknologi ini. Dalam setiap produk ada tag holografik, ataupun mikro printing untuk menentukan bahawa produk mereka itu tulen. Malah, sejumlah hampir 26 Billion telah dilaburkan bagi menghasilkan teknologi yang hampir mustahil untuk diciplak dalam memerangi kes cetak rompak ini.

Sebenarnya, perkara ini boleh diatasi. Dengan hanya menggunakan smartphone dan mikroskop, kita dapat mengesan kalau produk itu fake atau tidak.

 

 

Salah satu syarikat start up yang berpangkalan di New York, Entrupy, telah berjaya menghasilkan device yang bersaiz sebesar lampu suluh ini bagi memudahkan pengusaha untuk mengenal pasti ketulenan sesebuah produk. Solusi yang berjaya diketengahkan oleh Entrupy menggunakan camera mikroskopik dan bantuan aplikasi yang disediakan oleh mereka.

Camera ini mampu membesarkan sebanyak 260 kali dan ini secara tidak langsung dapat mengesan segala bentuk ketidaksempurnaan pada permukaan produk. Walaupun baru dilancarkan setahun yang lalu, ketepatan mereka untuk mengesan produk tiruan telah meningkat sebanyak 98%.

Bagi pengusaha kedai barangan terpakai mahupun pemborong, alat ini tersedia untuk disewa dengan harga RM 422 sebulan. Dengan bantuan alat ini, pemilik hanya perlu muat turun aplikasi yang tersedia dan scan sahaja produk yang ingin dibeli. Status ketulenan barangan tersebut akan dihantar terus ke aplikasi yang disediakan.

Setakat ini, alat ini mampu mengesan lebih daripada 10 jenama utama seperti Prada, Hermes, Gucci dan lain-lain lagi.

p/s : entrupy ni hanya tersedia untuk platform iOS.

Sumber - Bloomberg | entrupy